Judul : Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu?
link : Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu?
Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu?
Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 3 April 2009 hingga ke 10 May 2018 manakala Tajuddin Abdul Rahman, menjadi Timbalan Menteri Pertanian dari 2013 hingga 2018 semasa Najib jadi Perdana Menteri la tu....
Najib kata..
"Walaupun media melaporkan ianya telah berlaku sejak 40 tahun lalu, pada ingatan saya, isu kartel daging yang diragui halalnya tidak pernah timbul sepanjang tempoh saya PM dan kerajaan kami juga tidak pernah menerima apa-apa aduan rasmi berhubungnya."Saya juga telah check dengan menteri-menteri berkenaan pada masa itu dan mereka juga mengesahkan tiada aduan pernah diterima dan media juga tak pernah timbulkan isu ini sepanjang masa saya PM."Oleh sebab isunya amat berat, sudah tentu kerajaan BN dahulu akan mengambil tindakan jika kita menerima aduan rasmi atau matlumat."Namun tidak pernah ada aduan rasmi diterima dan media juga tidak pernah timbulkan isu ini masa itu.(Jika ada laporan berkenaan isu ini masa itu, boleh kawan-kawan beri link kepada artikel tersebut?)"Setelah dikaji, rupanya isu ini pertama kali dilaporkan pada bulan Oktober 2019 tahun lepas."Media Asia Sentinel yang mula-mula membuat dakawaan setelah sebuah badan pensijilan halal di Australia telah ditarik balik pengiktirafan oleh JAKIM.
Itu apa yang Najib tulis dalam satu hantaran dilaman FaceBook miliknya pada 26 December 2020.. dia salahkan PH ..
Tapi.. Tajuddin Abdul Rahman, yang menjadi Timbalan Menteri Pertanian dari 2013 hingga 2018 telah mendedahkan bahawa Kartel daging memang wujud dan dimonopoli serta dikawal bukan Bumiputera.
PETALING JAYA: Kartel daging memang wujud dan dimonopoli serta dikawal bukan Bumiputera, kata seorang bekas timbalan menteri pertanian.Tajuddin Abdul Rahman, yang menjadi timbalan menteri dari 2013 hingga 2018, berkata kartel berkenaan beroperasi sejak berdekad-dekad lalu dan enggan mengongsikan perniagaan berbilion ringgit itu dengan syarikat Bumiputera.Katanya, beliau mengambil beberapa langkah untuk memecahkan monopoli itu supaya beberapa kartel luar negara tidak cuma membekalkan untuk dua atau tiga syarikat bukan Bumiputera tempatan.“Monopoli itu membolehkan mereka mengawal harga daging,” katanya.Tajuddin, yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan anggota majlis tertinggi Umno berkata, beliau bekerja dengan syarikat baharu dari India yang bersetuju membekalkan daging kepada syarikat Bumiputera.“Kartel daging memang wujud. Syarikat ini mengawal pasaran eksport dari India dan Australia, dan jika ada pemain baru mereka mengurangkan harga atau berbuat apa saja untuk memegang monopoli,” katanya kepada FMT.Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada daging diimport kartel berkenaan dicampurkan daging bukan halal seperti dibangkitkan dalam media baru-baru ini... ..Laporan penuh sila baca di SINI
Jadi.. bagaimana Najib boleh mendakwaisu kartel daging ini tidak pernah timbul sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sedangkan Tajuddin yang menjadi Timbalan Menteri ketika Najib menjadi Perdana Menteri mengakui kewujudan "Kartel Daging" itu?
Mungkin Najib hanya check dengan Menteri-menteri saja kot.. dan Tajuddin sebagai Timbalan Menteri tak update isu itu kepada Menteri Pertanian.. jadi Najib tak tahu lah..
Segalanya mungkin....
Dah kalah pun nak kencing rakyat lagi dia ni..
Demikianlah Artikel Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu?
Sekianlah artikel Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kartel Daging: Tajuddin Tahu Tapi Najib Tak Tahu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/kartel-daging-tajuddin-tahu-tapi-najib.html