Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?

Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?
link : Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?

Baca juga


Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?


Pada 2 Disember 2020, Hakim Manira Mohd Noor mengenakan denda RM1,500 terhadap dua penolong akauntan, Azad Fadhmi Abdul Rahman, 34, dan Madiyana Mamat, 39, serta pembantu tadbir kewangan Nurul Ashikin Zulkaflee, 33.

Manakala dua lagi tertuduh, penolong pegawai tadbir Mohd Fairus Hussin, 38, dan penolong akauntan Siti Nurkhairunnisa Adnan, 32, masing-masing didenda RM2,000.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya mereka gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, kesemua penjawat awam itu masing-masing didakwa telah ditawarkan wang suapan RM200 hingga RM600 bagi mempercepatkan proses permohonan baharu dan taraf bumiputera kepada lima buah syarikat melalui sistem e-Perolehan, yang mana mereka telah melanggar peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) untuk menggalakkan integriti dan pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Unit Pendaftaran Syarikat, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Putrajaya, antara Mei 2018 dan Jun 2020 mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan mereka dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Dan... Kesemua penjawat awam itu adalah lima individu pertama yang dipertuduhkan atas kesalahan gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM di negara ini.

Itu kakitangan Awam yang ditawarkan suapan antara RM200 hingga RM600 sahaja.. apa pula hukumannya bagi seseorang yang bertaraf Bekas Menteri yang ditawarkan pakej percutian mewah tetapi tidak melaporkan kepada SPRM?

Takkan SPRM nak dakwa 'Ikan Bilis' saja kot...

Berikut adalah ulasan dari Dr. Kamarul

Setelah ditekan, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini (11/2) memaklumkan beliau “tidak kisah untuk membuat laporan” kepada SPRM mengenai tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging.

Laporan yang mengikut beliau akan dibuat “mungkin minggu depan selepas sambutan Tahun Baharu Cina” ini, kata beliau, menunjukkan beliau “memandang serius berhubung perkara ini”.

Pada masa sama, Salahuddin menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menubuhkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kartel daging ini.

Kata Salahuddin, pihaknya sendiri sedia bekerjasama melalui RCI itu kerana ia didakwa penting berikutan membabitkan kepentingan pengguna khususnya umat Islam di negara ini.

Kita ada lima soalan kepada Salahuddin:

(1) Jika Salahuddin benar-benar memandang serius berhubung isu tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging mengapakah beliau tidak berani menamakan secara terbuka pihak yang beliau dakwa membuat tawaran rasuah kepada beliau yang, mengikut New Straits Times pada 9 Februari 2021, ialah “wakil-wakil (representatives)” daripada sebuah syarikat yang menguasai sekurang-kurangnya 4 daripada 7 loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia secara monopoli?

(2) Jika Salahuddin benar-benar memandang serius berhubung isu tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging mengapakah beliau hanya mendedahkannya pada 9 Februari 2021 setelah tidak lagi menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sedangkan beliau sendiri menyebut tawaran rasuah ini dibuat pada tahun 2018 lagi, iaitu setelah beberapa bulan beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan sedangkan beliau sendiri telah mengenal pasti identiti penawar rasuah ini?

(3) Tidakkah jika Salahuddin terus melaporkan tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging ini kepada SPRM masalah monopoli loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia oleh syarikat tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah dengan tindakan sewajarnya boleh terus diambil terhadap syarikat tersebut tetapi soalnya ialah mengapakah beliau tidak melaporkannya kepada SPRM sekali gus menyebabkan masalah monopoli loji penyembelihan sukar diselesaikan?

(4) Mengapakah baru sekarang Salahuddin menggesa kerajaan menubuhkan RCI berhubung isu kartel daging sedangkan beliau menyedari masalah monopoli loji penyembelihan malah membayangkan sesuatu tidak kena berlaku bila menyebut beliau tertanya-tanya siapa yang ‘menjaga’ pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat lawatan ke loji penyembelihan di luar negara?

(5) Betulkah Salahuddin mahu melaporkan tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging ini kepada SPRM disebabkan beliau “memandang serius berhubung perkara ini” ataukah kerana hanya baru sekarang beliau sedar jika beliau gagal melaporkannya maka beliau boleh didakwa di mahkamah dan jika disabitkan bersalah beliau boleh hilang jawatan MP dan ADUN-nya kerana hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya?


Semoga tidak ada double standard dalam hal ini.. 



Demikianlah Artikel Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin?

Sekianlah artikel Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Lapor Tawaran: Tak Ada Tindakan Ke Terhadap Salahuddin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/gagal-lapor-tawaran-tak-ada-tindakan-ke.html

Subscribe to receive free email updates: