Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah

Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah
link : Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah

Baca juga


Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah


KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan wang suapan oleh tertuduh seperti dalam sembilan pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah sebagai upah membantu menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Mohd Nazlan dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh bersifat pemikiran terkemudian, tidak konsisten dan hanya penafian tanpa sokongan yang berasas atau boleh dipercayai.

Katanya, mahkamah juga mendapati pembelan tertuduh dalam konteks keseluruhan keterangan kes juga gagal menimbulkan sebarang keraguaan munasabah.

"Pihak pembelaan dengan ini berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan. Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesemua sembilan pertuduhan," katanya.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa, 72, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober tahun lalu.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan.

Laporan sepenuhnya sila baca di SINI



Demikianlah Artikel Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah

Sekianlah artikel Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isa Samad Didapati Bersalah 9 Tuduhan Rasuah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/isa-samad-didapati-bersalah-9-tuduhan.html

Subscribe to receive free email updates: