"Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew..

"Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew..
link : "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew..

Baca juga


"Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew..


Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew melalui Facebooknya bahawa beliau meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang beliau Islamkan di Semporna.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa tidak dibenarkan masuk ke pulau di Semporna dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan dan kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.

"Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,"

Pegawai Daerah Semporna menjelaskan.. 

"Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki 'rumah', kita harus mengetuk 'pintu rumah' terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

"Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,"

Suhaimi juga berkata, untuk mendirikan struktur perlu mengikut protokol iaitu melakukan permohonan  melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.

"Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

"Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,"

Dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Taman-taman Sabah (Sabah Parks) melalui laman Facebook mereka.. 

MAKLUM BALAS KEPADA KENYATAAN USTAZ EBIT LEW PADA 02 FEBRUARI 2021 DI MEDIA SOSIAL.


Susulan daripada aduan dan kenyataan yang dimuatnaik dalam media sosial bernama Ebit Lew pada 02 Februari 2021, pihak Taman-Taman Sabah mendapati bahawa kawasan pulau-pulau di Semporna yang dimaksudkan oleh beliau adalah kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna. 
Sebagaimana yang telah dimaklumkan di media sosial rasmi Taman-Taman Sabah pada 12 Januari 2021, seluruh kawasan Taman-Taman Sabah ditutup sementara kepada orang awam bermula 13 Januari 2021 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Rombongan Ustaz Ebit Lew merupakan rombongan orang awam yang tertakluk kepada SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan pada masa yang sama pihak

Taman-Taman Sabah tidak menerima makluman awal untuk kebenaran khas memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

Selain daripada itu, pembinaan struktur bangunan di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran juga tertakluk kepada prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Perkara ini berkaitan dengan kepentingan komuniti penuntut hak waris di pulau-pulau ini seperti yang terkandung dalam Surat Pewartaan Taman Marin Tun Sakaran tahun 2004.

Pihak Taman-Taman Sabah membenarkan rombongan Ustaz Ebit Lew memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran hanya setelah mendapat makluman daripada pihak Majlis Keselamatan Negara. Pihak Taman-Taman Sabah sangat menyokong usaha murni bantuan prihatin yang disalurkan kepada komuniti di dalam semua Taman di seluruh Sabah.

Kebenaran khas diperlukan untuk memasuki mana-mana kawasan Taman yang kini ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pihak Pengurusan Taman-Taman Sabah juga amat menghargai pendirian dan ketegasan Pegawai dan Renjer Taman di Taman Marin Tun Sakaran yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka melindungi kawasan Taman yang kini dalam fasa rekuperasi atau kerehatan daripada gangguan pelancong dan pelawat taman.

Perlindungan dan pemuliharaan alam semulajadi taman di seluruh Taman-Taman Sabah akan tetap diteruskan termasuk semasa tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 dan tempoh perintah berkurung di seluruh negara.

Semoga Ustaz Ebit Lew banyak bersabar dalam menghadapi karenah birokrasi ini..

Yang pernah melakukan kerja-kerja amal sepertimana yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini.. pasti pernah berhadapan dengan situasi atau halangan seperti ini..

Setakat disergah dengan "MASUK RUMAH (KAWASAN) ORANG TAK RETI NAK BAGI SALAM KA?".. itu adalah biasa...

Teruskan saja denagn kebaikan yang ingin dibuat itu.. Ingatlah, yang hendak berbuat baik itu adalah diri kita, bukannya orang lain. 

Bukan saja kita diuji dengan halangan-halangan ini. Bahkan, Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain turut sama melaluinya..

Apa pun, ingatlah bahawa untuk beroleh sesuatu, pasti akan ada halangan yang perlu direntas. Semoga kita kuat menghadapinya untuk meraih reda ALLAH...




Demikianlah Artikel "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew..

Sekianlah artikel "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Ketuk Pintu Dulu.." Dari Pegawai Daerah Semporna Kepada Ebit Lew.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/ketuk-pintu-dulu-dari-pegawai-daerah.html

Subscribe to receive free email updates: