Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa..

Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa..
link : Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa..

Baca juga


Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa..


KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan dan dijangka akan berdepan 22 pertuduhan berhubung skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc di Dudley International House, Australia, Jumaat ini.

Lelaki bergelar Datuk dan berusia 65 tahun itu difahamkan sudah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.

Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Jenayah Rasuah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

Difahamkan, suspek disyaki menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Incorporated (MARA Inc).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan serta 22 pertuduhan rasuah yang dijangka dikenakan terhadap suspek.

Portal The Sydney Morning Herald sebelum ini melakukan pendedahan berhubung salah laku rasuah itu dan SPRM kemudian memulakan siasatan termasuk berkerjasama dengan agensi penguatkuasaan di negara berkenaan.

Portal terbabit melaporkan seorang individu rakyat Malaysia bermastatutin di Australia didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Inc.

September lalu, Azam dipetik berkata, SPRM mungkin mendakwa individu tertentu berhubung kes penjualan hartanah Dudley International House.

Ia susulan mahkamah di Australia baru-baru ini, membuat dakwaan terhadap seorang warganegara mereka yang terbabit dalam salah laku rasuah penjualan hartanah itu kepada MARA Inc pada 2013.

Pada 2015, akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik, didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya di Australia lapor BH


Demikianlah Artikel Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa..

Sekianlah artikel Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal MARA : Bekas CEO Bergelar Datuk Akan Didakwa.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/skandal-mara-bekas-ceo-bergelar-datuk.html

Subscribe to receive free email updates: