Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?

Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?
link : Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?

Baca juga


Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) didukung individu tertentu yang mempunyai 'rekod jenayah' dan hakikat itu menyumbang kepada peningkatan amalan rasuah di Malaysia.

Dr Mahathir turut mendakwa rasuah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipimpinnya selama 22 bulan setelah beberapa ahli Parlimen gabungan itu berpaling tadah dan menyertai pembangkang ketika itu.

Menurutnya, pembangkang ketika itu 'dipimpin oleh orang yang disyaki atau sudah dibicarakan di mahkamah atas pelbagai jenayah'.

“Jadi, kerajaan sekarang terdiri daripada orang yang mempunyai rekod jenayah. Nampak seolah mereka ada pengaruh yang kuat ke atas kerajaan.

“Jadi, tahap rasuah di Malaysia sudah cecah paras yang begitu tinggi sehingga membahayakan kerajaan,” kata Ahli Parlimen Langkawi dalam wawancara khas dengan FMT yang disiarkan portal itu pada Selasa.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menamakan individu yang didakwanya itu, namun menegaskan bahawa kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin 'guna begitu banyak dana untuk membeli sokongan'.

Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan bahawa 'keseluruhan kerajaan' boleh dibeli, sekali gus menyerlahkan keseriusan masalah rasuah di Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, rasuah boleh melahirkan sebuah kerajaan yang tidak cekap atau hanya berminat menggunakan kuasa untuk memperkayakan pemimpinnya.

Malah beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang kerana rasuah pada pilihan raya umum lalu, sesuatu yang pernah diramalkan beliau semasa menjadi Perdana Menteri keempat.

“Ketika itu, saya sudah beri amaran tetapi sukar kerana ada orang ingin menjadi menteri dan sebagainya hinggakan sanggup meminjam duit untuk menyogok orang,” katanya.


Menurut Dr Mahathir, rasuah bukan sahaja menjadi budaya dalam kerajaan terdahulu, tetapi juga diamalkan pembangkang.

“Pembangkang juga, pada tahap tertentu, cuba untuk merasuah rakyat,” katanya.

Katanya, rasuah dalam cara tertentu, didayakan oleh demokrasi kerana ia adalah ideologi yang berasaskan populariti.

"Sehubungan itu, individu tertentu akan membuat apa sahaja untuk mendapatkan sokongan termasuk mengamalkan politik wang.

“Jadi sekarang, orang mengundi mengikut suapan dan apa yang mereka boleh dapat. Sekarang, ia bukan lagi soal memilih calon terbaik tetapi memilih calon yang boleh beri duit,” katanya lapor Sinar


Demikianlah Artikel Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka?

Sekianlah artikel Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Kata Ada Penjenayah Dalam PN.. Betoi Ka? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/mahathir-kata-ada-penjenayah-dalam-pn.html

Subscribe to receive free email updates: