Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa..

Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa..
link : Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa..

Baca juga


Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa..


Mungkin bagi Menteri Kesihatan yang juga dikenali sebagai Menteri Air Suam, Dr Adham Baba kawan-kawannya dalam Kabinet sekarang kebal dari jangkitan COVID-19 sebab mereka adalah Menteri.. jadi beliau telah mengeluarkan perintah yang melonggarkan peraturan kuarantin kepada kawan-kawannya itu..

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri dari 10 ke tiga hari dan dinamakan sebagai "Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021"

Ia ditandatangani Adham dan akan berkuatkuasa hari ini 9 Feb 2021

Perintah itu menyatakan: "Menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta, Ini merujuk kepada Akta (342) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."

Seksyen 15 akta ini memperuntukkan: 

"Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai."

Oleh itu, anggota kabinet tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang masuk dari luar negara.

Bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyifatkan kuarantin selama 3 hari sahaja ini lebih bahaya disebabkan oleh purata tempoh inkubasi Covid ialah 5 hingga 6 hari dengan memberikan 3 kes sebagai contoh:..

Contoh 1: Kes ADUN Kampung Tunku. 
- pulang dari Sabah pada 27 Sept. 
- Dibenarkan KKM untuk potong gelang pada 30 Sept setelah ujian pertama negatif.
- Didapati positif Covid pada 2 Okt.

Contoh 2: ADUN Ayer Limau 
- pulang dari Sabah pada 28 Sept. 
- Dipotong gelang pada 1 Okt setelah ujian pertama negatif 
- Didapati positif Covid pada 2 Okt.

Contoh 3: kes ADUN Maharani 
- pulang dari Sabah pada 26 Sept. 
- Ujian pertama negatif. 
- Didapati positif Covid pada 4 Okt.

"Lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebarangkalian ianya mutasi Covid baru yang lebih ganas seperti mutasi UK dan mutasi Afrika Selatan. 

"Pada ketika kes aktif sudah cecah 51,000 dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi UK yang menular dengan kadar 70% lebih laju merebak ke negara kita.. tulis Najib di laman Facebooknya..


Doktor veteran, Dr Milton Lum Siew Wah yang juga merupakan seorang Pakar Kesihatan yang aktif menulis mengenai isu-isu Covid-19 juga mempertikaikan tindakan Dr. Adham Baba itu.

Lum yang dipetik Malaysiakini berkata harus ada peraturan sama untuk semua kerana virus itu tidak dapat membezakan antara menteri atau golongan sebaliknya.

"Sekiranya menteri menganggap mereka dapat melepaskan diri daripada Covid-19 dengan kuarantin tiga hari, mereka tersilap.

"Peraturan (terbaru) ini membahayakan menteri. Ia juga membahayakan orang yang berinteraksi dengan menteri itu, dan lebih buruk lagi ia memberi mesej yang sangat negatif kepada masyarakat,"

Dengan contoh yang diberikan oleh menteri, Lum berkata seorang rakyat biasa dapat menggunakan hujah yang sama jika pernah didakwa di mahkamah kerana melanggar kuarantin.

"Sekiranya anda mendakwa seseorang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin selama 10 hari, peguam mereka mungkin mencelah dan berkata: 'pelanggan saya melakukan kuarantin tiga hari, kan?'

"Bagaimana pihak pendakwaan mahu mengambil tindakan lanjut?"

Doktor veteran turut kecewa kerana baginyaKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah seperti gagal bersuara untuk menolak arahan Adham.

"Nampaknya Noor Hisham tidak tegas dan ini sangat mengecewakan.

"Kita mungkin tidak tahu jika dia (Noor Hisham) memang bertegas tetapi tidak diendahkan, namun nampaknya dia tidak begitu,"

Hmm.. Secara dasarnya aku sokong apa yang Najib pertikaikan ini.. kerana apa yang telah dilakukan oleh Dr. Idham itu adalah satu tindakan double standard.. dalam lain ayat.. orang lain buat tak boleh.. tapi kawan-kawan dia buat boleh..

Kenapa perlu ada undang-undang sebegitu?.. Covid-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum.

Mohon TS Muhyiddin tukar saja dia tu..

Bagi aku kan.. Najib ni lebih menonjol sebagai Ketua Pembangkang yang berjaya daripada sebagai Perdana Menteri.. sebab isu-isu yang dibawanya sebagai Bekas Perdana Menteri ini lebih memihak kepada rakyat..



*** Semalam aku pertikai Najib kat >> SINI <<.. ada yang kata aku Blogger JKOM.. hari ni aku sokong Najib.. Blogger siapa pulak aku ni ya??.. ha.. ha.. ha..




Demikianlah Artikel Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa..

Sekianlah artikel Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Betullah Najib Cakap Ni... COVID-19 Tak Kenal Siapa.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/betullah-najib-cakap-ni-covid-19-tak.html

Subscribe to receive free email updates: