Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?

Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?
link : Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?

Baca juga


Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap selamat jika terdapat usul undi tidak percaya dikemukakan dalam persidangan Parlimen selepas ini.

Menjelaskan perkara itu, penganalisis politik, Prof. Dr. Azizuddin Sani berkata, ini kerana Proklamasi Darurat yang dijadual sehingga 1 Ogos ini tidak membenarkan pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Malah jelasnya, usul undi tidak percaya juga dilihat tidak menjadi keutamaan kerana fokus persidangan kali ini adalah berkaitan Covid-19.

“Muhyiddin tak perlu bimbang, jika ada pihak yang bawa usul undi tidak percaya dan jika Perdana Menteri kalah sekalipun, pilihan raya tetap tidak boleh diadakan kerana dalam tempoh darurat.

“Ini bermakna kedudukan Muhyiddin setakat ini masih selamat walaupun ada ancaman daripada mana-mana pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, perkara tersebut termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu mendapat respon positif daripada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, malah menggesa persidangan tersebut disegerakan.

Mengulas lanjut, Azizuddin berkata, Muhyiddin harus menggunakan persidangan ini sebagai batu loncatan untuk dirinya bagi mengembalikan keyakinan semua pihak yang beliau boleh menguruskan isu kritikal iaitu Covid-19 dengan baik.

“Isu Covid-19 ini adalah isu kritikal. Jika dibahaskan dengan baik dalam Parlimen dan diuruskan dengan baik oleh Perdana Menteri, ia boleh melonjakkan nama Muhyiddin untuk mendapatkan keyakinan daripada rakyat.

“Beliau seharusnya menggunakan platform ini sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang, inilah masanya,” katanya.

Sumber: Utusan


Demikianlah Artikel Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya?

Sekianlah artikel Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Tetap Selamat Walau Kalah Usul Undi Tak Percaya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/muhyiddin-tetap-selamat-walau-kalah.html

Subscribe to receive free email updates: