Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi..

Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi..
link : Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi..

Baca juga


Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi..


Pada Februari 4, 2021 Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengulangi komitmen bahawa beliau akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas penularan wabak COVID-19 reda, sekali gus memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan dengan selamat.

Kalau tak silap aku.. itu kali yang ke-2 kot.. dan ini kali ke-3 pula..

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas masalah COVID-19 diatasi.

Tegas Perdana Menteri, ia akan membolehkan pilihan raya diadakan sekali gus rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah.

"Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini.

"Fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi di negara ini. Sejurus selepas pandemik ini berakhir, dan saya berharap ia akan berakhir secepat mungkin, saya akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

"Tetapi sebelum ia dilaksanakan, saya dan barisan jemaah Kabinet akan menjalankan tugas dan tanggungjawab kami. Apabila pilihan raya umum dilakukan, saya akan memberikan mandat itu kepada rakyat untuk memilih sama ada kerajaan Perikatan Nasional akan dipilih semula atau sebaliknya. Anda bebas memilih dan itu adalah demokrasi yang sebenarnya," katanya semasa Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin pada Isnin.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara.

Jelasnya, pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik itu.

"Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya," kata Hamzah.

Sumber: AstroAwani


Demikianlah Artikel Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi..

Sekianlah artikel Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parlimen Bubar Selepas COVID-19 Diatasi, Muhyiddin Ulang Lagi.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/parlimen-bubar-selepas-covid-19-diatasi.html

Subscribe to receive free email updates: