Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan

Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan
link : Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan

Baca juga


Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan


SHAH ALAM: Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ yang ditahan semalam dibebaskan selepas mahkamah hari ini menolak permohonan reman terhadap lelaki warga tempatan itu.

Permohonan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat.

Lelaki yang bekerja sebagai usahawan itu diwakili tiga peguam iaitu Foong Cheng Leong, T. Shashi Devan dan Low Li Qun.

Ditanya alasan permohonan reman ditolak, Cheng Leong berkata, polis telah mengambil semua keterangan terhadap anak guamnya sejak ditahan, semalam.

“Anak guam saya telah memberikan kerjasama dan rakaman percakapan telah dibuat selain semua maklumat diperlukan telah diberikan.

“Mereka juga boleh mengambil segala maklumat yang diperlukan melalui internet. Namun, sekiranya polis memerlukan maklumat lain, mereka boleh panggil dan kita akan berikan kerjasama,” katanya kepada di sini hari ini.

Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di pekarangan kompleks Mahkamah Shah Alam di sini pukul 10.10 pagi dengan bergari dan dikawal anggota polis.

Lelaki terbabit ditahan perkarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Shah Alam.

“Suspek yang ditahan beralamat di Minden Height Gelugor, Pulau Pinang akan direman pagi ini di Mahkamah Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook. Setakat ini, kita menerima 74 laporan yang diterima di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya lagi, suspek juga disiasat dibawah Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi terbabit, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’. -UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan

Sekianlah artikel Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Reman Ditolak, Pengasas ‘Sugarbook’ Dibebaskan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/reman-ditolak-pengasas-sugarbook.html

Subscribe to receive free email updates: