Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri

Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri
link : Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri

Baca juga


Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri


Prosiding pada 28 Oktober 2019 di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan pembelaan diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Berdasarkan pertuduhan, Sam Ke Ting, 24, didakwa melakukan kesalahandi Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan

Mahkamah telah melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamah.

Siti Hajar pada penghakimannya berkata:

"Mahkamah mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh dan malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak.

"Bahkan faktor yang mencipta kecederaan bahaya bukan disebabkan cara pemanduan.

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri,"

"Tertuduh tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus dan tidak berlumba."

“Isu tertuduh menggunakan lorong kiri atau kanan tidak menjadi masalah dan dia berhak melalui lorong terbabit, selain tidak mencipta situasi bahaya,"

"Basikal lajak adalah satu gejala sosial membabitkan kanak-kanak bawah umur"

"Dua hari sebelum kejadian itu juga, operasi lajak sudah dilakukan bagi mengekang aktiviti menunggang basikal ala ‘Superman' di atas jalan raya"

“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan"

“Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di kawasan berkenaan"

“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu,”

"Tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan laluan itu"

"Siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga."

Beliau kemudian memerintahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan kepada tertuduh, serta merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.

Hari ini...

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memerintahkan pemandu wanita membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak, empat tahun lalu.

Hakim Dr. Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sam Ke Ting, 26.

Shahnaz membuat keputusan tersebut ketika prosiding hari ini berhubung rayuan dibuat pendakwaan pada 10 November 2019 selepas Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan tertuduh daripada dakwaan itu.

Mengikut pertuduhan, Ke Ting yang ketika itu berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Kelapan-lapan mangsa ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhar, 16; Fauzan Halmijah, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Shahnaz dalam penghakimannya memerintahkan tertuduh untuk membela diri bersabit kes berkenaan yang didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM20,000.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 9, 10 dan 11 Mei ini untuk pembelaan manakala tertuduh dibenar jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, serta pasport dan lesen memandunya diserahkan ke mahkamah sepanjang perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar ~ Utusan


Demikianlah Artikel Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri

Sekianlah artikel Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Basikal Lajak: Pemandu Diperintah Bela Diri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/basikal-lajak-pemandu-diperintah-bela.html

Subscribe to receive free email updates: