Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah
link : Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

Baca juga


Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah


KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah isteri bekas Perdana Menteri itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan Peguam beliau, Datuk Jagjit Singh kepada wartawan selepas prosiding selesai.

“Dia (Rosmah) tidak bercakap, emosi dia terganggu dan dia agak kecewa. Kami minta Rosmah untuk pulang ke rumah untuk kurangkan stres,” katanya.

Hakim Mohamed Zaini mengarahkan Rosmah membela diri setelah mendapati wujud prima facie berhubung tiga pertuduhan tersebut.

Satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 Sept 2017.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Dis 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah sebelum itu dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh semasa keputusan dibacakan oleh Mohamed Zaini.

Beliau bagaimanapun memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9, 10, 15, 16, 17, 22 dan 23 Jun serta 12 dan 15 Julai untuk sesi pembelaaan kes berkenaan.

Sumber: Edisi9


Demikianlah Artikel Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah

Sekianlah artikel Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Kecewa Dengan Keputusan Mahkamah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/rosmah-kecewa-dengan-keputusan-mahkamah.html

Subscribe to receive free email updates: