Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?

Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?
link : Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?

Baca juga


Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?

 


CIAPAN Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali menjadi tular sejurus selepas pengumuman peletakan jawatan dan tindakan keluar parti oleh Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.

"1 + 1 + 1 +...... dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang," tulis Azmin dalam akaun Twitternya.

Sitegiant E-Commerce

Bekas timbalan presiden PKR itu yang 'memutuskan hubungan' dengan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu - berkemungkinan besar merujuk kepada tindakan keluar parti oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng, Steven Choong (Tebrau) dan yang terbaharu adalah Dr Xavier (Kuala Langat).

Azmin dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen semasa 'Sheraton Move' tahun lalu.

Beliau juga hadir ketika Sng dan Choong menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) yang menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Februari.

Terdahulu, Dr Xavier menerusi satu kenyataan media pada pagi Sabtu mengumumkan keluar daripada PKR, berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan terus berkhidmat untuk kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli Parlimen bebas dan yakin bahawa saya akan memenuhi mandat pilihan raya kepada rakyat Kuala Langat," katanya dalam kenyataan tersebut.


Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, beliau meninggalkan parti yang disertainya pada 1998 kerana 'amat kecewa' dengan peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Sumber:  THE STAR


Demikianlah Artikel Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN?

Sekianlah artikel Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akan Ada Lagi MP PKR Lompat Sokong PN? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/akan-ada-lagi-mp-pkr-lompat-sokong-pn.html

Subscribe to receive free email updates: