'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan

'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan
link : 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan

Baca juga


'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan


MELAKA: Polis menahan tiga ahli perniagaan, termasuk sepasang suami isteri, disyaki menjadi dalang gerakan kumpulan menggunakan gelaran 'Datuk' palsu di negara ini.

Individu berusia 43 hingga 57 tahun itu yang ditahan di Bangi, Selangor, 30 Januari lalu, disyaki menjadi pengasas, pegawai seranta dan sekretariat kumpulan dikenali sebagai Gabungan Dato'-Dato' Malaysia (GDDM) dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata penangkapan mereka adalah yang pertama mengikut Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

Beliau berkata, gerakan kumpulan dikatakan menerima penganugerahan darjah kebesaran dari negara jiran oleh `Soltan Keradjaan Indragiri' itu dikesan sejak Ogos lalu selepas mengadakan majlis makan malam beradat di sebuah hotel di negeri ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kira-kira 120 individu menghadiri majlis anjuran GDDM bersama sebuah pertubuhan itu dengan memakai pakaian istiadat dan darjah kebesaran tersendiri.

Beliau berkata, ia diketuai suspek berusia 43 tahun dengan menggunakan gelaran 'Datuk Panglima' yang palsu.

"Hasil risikan, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan merampas pelbagai barangan, termasuk sijil watikah, titah penganugerahan darjah kebesaran, surat 'Kesoltanan Keradjaan Indragiri', kain selempang serta pelbagai barangan berkaitan istiadat palsu itu.

"Polis Kontinjen Melaka adalah yang pertama di negara ini menggunakan Akta 787 untuk mengambil tindakan ke atas individu disyaki mempunyai gelaran darjah kebesaran palsu serta tidak diiktiraf, termasuk dari negara jiran," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Majid memaklumkan hasil semakan dengan kerjasama Bahagian Istiadat dan Urus Setia Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, ketiga-tiga suspek didapati tidak pernah ada rekod sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) serta Darjah Kebesaran Bergelar Negeri (DKBPN).

Beliau berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' palsu untuk tujuan perniagaan, penipuan dan pengaruh, selain mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Melaka dan arahan pertuduhan ke atas ketiga-tiganya sudah diperoleh.

"Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenang mempercayai sebarang tawaran memiliki gelaran 'Datuk', dan perlu menyemak terlebih dahulu dengan agensi berwajib," katanya.

Sumber: BH


Demikianlah Artikel 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan

Sekianlah artikel 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Datuk Panglima', 'Datin' Dan 'Datuk' Palsu Ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/datuk-panglima-datin-dan-datuk-palsu.html

Subscribe to receive free email updates: