Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?

Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?
link : Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?

Baca juga


Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?


Dua kenyataan yang dikeluarkan pada masa sama oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Barisan Nasional (BN) didapati bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang sama, bahkan mirip dari sudut gaya, selain berkembar dalam perkataan yang digunakan.

Penemuan kenyataan mirip itu seakan mengesahkan usaha mereka berdua untuk bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas sebelum ini Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak mengutus surat kepada Agong bagi menyokong Anwar menduduki jawatan perdana menteri.

Dua kenyataan dari Zahid dan Anwar malam tadi itu dikeluarkan selepas kedua-dua gabungan politik mengadakan mesyuarat kepimpinan parti masing-masing.

Dalam kenyataan tersebut, kedua-dua mereka mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan yang tidak mempedulikan kenyataan Agong dan terus memberikan alasan untuk tidak mengadakan sidang Parlimen.

Kenyataan kedua-dua pemimpin yang mirip tersebut menarik pelbagai komen di media sosial, antaranya:

“Senada n seirama.

“Wah berpakat nampaknya.

“Dia orang ni kongsi printer sama kut ni.”

Perenggan pertama kenyataan mereka berdua didapati sangat mirip, merujuk kenyataan istana yang menjelaskan kuasa Agong yang boleh memanggil sidang Dewan Rakyat dengan nasihat perdana menteri.

“Barisan Nasional menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang semasa darurat berkuatkuasa pada suatu waktu yang difikirkan sesuai oleh Duli Tuanku atas nasihat YAB Perdana Menteri,” menurut kenyataan Zahid.


Sementara perenggan pembukaan Anwar berjalan: “Ahli-ahli Dewan Rakyat Pakatan Harapan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari 2021 di mana Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat boleh bersidang pada waktu darurat berkuatkuasa pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Duli Tuanku atas nasihat YAB Perdana Menteri. ”


Kedua-dua kenyataan itu juga mengecam Takiyuddin, yang pada Rabu mempertahankan tindakan untuk menangguhkan sidang Parlimen di bawah perisytiharan darurat, mendakwa pemimpin PAS itu menentang pandangan Agong.

Lebih daripada itu, perkara-perkara yang disenaraikan kedua-dua mereka sebagai topik perbahasan sekiranya Dewan Rakyat bersidang adalah sama, baik dari segi bahasa dan susunannya.

Satu-satunya perbezaan di antara kedua-dua kenyataan itu adalah PH tidak meletakkan perpaduan Melayu dan Islam, serta kestabilan politik.

Kedua kenyataan itu kemudian diakhiri dengan perenggan yang sama.

Pada Oktober tahun lepas, MalaysiaNow mendedahkan surat kepada istana yang ditulis bersama oleh Zahid dan Najib, menyokong usaha Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Umno.

Kedua-dua pemimpin tersebut tidak pernah mengakui dakwaan tersebut, namun kedua-duanya dilihat sering mendesak ahli Parlimen BN untuk mempertimbangkan sokongan kepada Anwar.

Zahid dan Najib adalah sebahagian daripada pasukan Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam Umno pada tahun 1990-an.

Zahid juga adalah antara mereka yang ditangkap pada tahun 1998 selepas Mahathir melancarkan tindakan keras terhadap penyokong Anwar berikutan pemecatan dramatik beliau daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Pendirian yang sama diambil BN dan PH tersebut muncul berikutan keputusan Umno untuk menamatkan sokongan terhadap gabungan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sebaik Parlimen dibubarkan.

Umno mengumumkan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Bersatu diasaskan Muhyiddin dan bekas pemimpin PH Dr Mahathir Mohamad berikutan pendedahan mengejutkan mengenai penglibatan Najib dalam skandal 1MDB.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke?

Sekianlah artikel Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Eh! Eh!.. Nak Samalaa Surat Anwar Dan Zahid Ni.. Berpakat Ke? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/eh-eh-nak-samalaa-surat-anwar-dan-zahid.html

Subscribe to receive free email updates: