Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?

Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?
link : Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?

Baca juga


Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?


Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).

"Selepas tersebar surat sokongan dan ikrar setia Presiden UMNO kepada Anwar yang disembah kepada Yang di-Pertuan Agong, kenyataan media ini merupakan satu lagi bukti pimpinan UMNO kini berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim.

"Ini jelas membelakangi dasar parti tidak menyokong Anwar dan DAP," kata Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Pada Khamis, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.

Bagaimanapun MIC mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu kurang tepat.

Presiden MIC, SA Vigneswaran sebaliknya berkata, mesyuarat BN pada Rabu memutuskan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung sidang Parlimen

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid agar sidang Parlimen diadakan dibuat kira-kira 24 jam selepas Dewan Tertinggi BN dalam mesyuaratnya memutuskan sekali lagi bahawa BN mengekalkan dasar tidak menyokong atau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut Annuar, ini jelas menunjukkan semua keputusan UMNO tidak lagi dipatuhi sebaliknya parti itu hanya mencuba untuk terus menjayakan agenda peribadi.

“Ahli dan akar umbi dipersendakan pemimpin. Hasrat ahli ingin melihat semangat kesatuan parti-parti berteraskan perpaduan Melayu semakin kabur.

“Peranan UMNO memperkasa muafakat bersama Pas semakin renggang sedikit demi sedikit UMNO diheret ke arah Anwar dan DAP. Kita semakin jauh dari aspirasi rakyat, terutama orang Melayu dan umat Islam,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengulangi pendiriannya kepada keputusan parti untuk tidak menyokong Anwar dan tidak bersama DAP.

“Saya masih utuh mendukung setiap ayat dalam piagam Muafakat Nasional dan nota persefahaman UMNO dan Pas yang saya turut terlibat menggubal dan membuat pengisytiharannya,” katanya lapor AstroAwani

Untuk makluman Malaysiakini melaporkan hari ini hari ini beberapa pemimpin BN tampil mengesahkannya. 

"Saya sahkan apa dikatakan oleh Viki (Vigneswaran) adalah betul," kata Presiden MCA, Wee Ka Siong ketika dihubungi. 

Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata: "Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan (oleh presiden Umno)."

Hmm... dok muhong apa sangat ni Zahid?


Demikianlah Artikel Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO?

Sekianlah artikel Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Meng'Anwar Ibrahim'Kan UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/zahid-menganwar-ibrahimkan-umno.html

Subscribe to receive free email updates: