'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRMlink :
'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM
Baca juga
'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM
PETALING JAYA: Satu lagi sindiket imigresen berjaya ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) kali ini melibatkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu.
Menurut sumber, lima individu sudah ditahan, termasuk ketua sindiket yang bergelar Datuk.
Suspek, berusia antara 33 hingga 43 tahun itu, ditangkap susulan operasi berskala besar di 22 lokasi di Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi. SPRM dan pihak berkuasa imigresen membuat risikan kegiatan itu sejak setahun lalu.
Beroperasi dengan kerjasama “orang dalam” di Jabatan Imigresen, sindiket tersebut dikatakan menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing mencecah ratusan juta ringgit.
Dianggarkan, ratusan ribu PLKS palsu dicetak oleh sindiket terbabit dengan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 bagi setiap PLKS, hasil jualan kepada warga asing yang bekerja secara haram di Malaysia.
“Mereka berjaya menggodam pengkalan data JIM dengan memasang transmiter untuk membolehkan anggota sindiket untuk menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat JIM.
“Ini merupakan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius,” kata sumber itu.
Sumber turut mendedahkan sindiket itu berupaya membuka dan menutup semula status “senarai hitam” atau “red alert” seseorang individu untuk membolehkan mereka melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang dengan bayaran tertentu.
“Semua operasi dilakukan di luar pejabat imigresen menggunakan transmiter dan sistem yang diklonkan dari pengkalan data imigresen,” kata sumber itu.
SPRM merampas beberapa komputer dan barang yang digunakan sindiket itu semasa serbuan di sebuah hotel terkenal di Jalan Sultan Ismail, tempat terakhir di mana sindiket itu dipercayai beroperasi.
Sindiket itu dikatakan sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk hotel-hotel mewah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penangkapan itu ketika dihubungi dan berkata siasatan sedang dijalankan bawah Seksyen 17 Akta SPRM.
Beliau menegaskan siasatan akan dibuat secara menyeluruh dan memastikan semua ahli sindiket dikenakan tindakan sewajarnya, termasuk “orang dalam”.
Beliau menekankan bahawa siasatan akan dilakukan secara holistik untuk memastikan setiap anggota sindiket dibawa ke muka pengadilan, termasuk orang dalam imigresen.
Pada November tahun lalu, SPRM menumpaskan sindiket imigresen dengan penangkapan 53 orang, termasuk timbalan pengarah imigresen dan 33 pegawai.
Demikianlah Artikel 'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM
Sekianlah artikel 'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Datuk' Dalang Sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara Ditahan SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/datuk-dalang-sindiket-pas-lawatan-kerja.html