Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis

Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis
link : Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis

Baca juga


Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis



KOTA BHARU: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji, di sini yang tular hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan terhadap peniaga burger itu kerana dia didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Kelantan ketika ini.


Jelas beliau, polis sebelum ini menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ.

“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu melanggar SOP yang ditetapkan.

“Pihak polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap peniaga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegas Abdul Rahim, pihaknya bukan mengeluarkan kompaun sesuka hati tanpa budi bicara, sebaliknya tindakan tegas demikian diambil apabila memang terdapat perbuatan yang melanggar SOP ketika dalam PKP.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah sampai RM50,000,” katanya.


Terdahulu, tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 oleh polis ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri di akaun Facebook miliknya.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa dengan menyifatkan tindakan mengeluarkan kompaun tersebut sebagai zalim tanpa menggunakan budi bicara.

Kelantan kini dikenakan PKP sehingga 29 April depan, susulan kes positif Covid-19 yang terus melonjak naik termasuk hari ini dengan 343 kes dan kekal sebagai tiga negeri paling tinggi kes jangkitan pandemik tersebut lapor Utusan Malaysia 


Tapi.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan kata, garis panduan menetapkan denda maksimum untuk pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi adalah RM10,000, bukannya RM50,000. 

Jadi bagaimana pula anggota Polis boleh keluarkan saman RM50,000 itu?

Takiyuddin juga menjelaskan pesalah juga boleh mendapat pengurangan 50 peratus jika membuat bayaran dalam tempoh seminggu dan 25 peratus jika menjelaskannya dalam tempoh dua minggu, katanya lagi.

Kalau diskaun 50% pun.. Peniaga Burger tu kena bayar RM25,000.. 

RM25,000 tu.. bukannya satu jumlah yang kecil.. satu jumlah yang sangat besar buat seorang peniaga kecil..

Rasional lah sikit nak kompaun orang tu.. kalau Mamat tu mampu nak bayar denda RM25,000 itu.. aku tak rasa dia akan berniaga di hadapan rumah sendiri..

Sebab dia tak ada duit banyak itu lah dia berniaga depan rumah saja...

Kenapa tak ada budi bicara langsung? Tak boleh ke diberi amaran terlebih dahulu sebelum dikompaun tu?

Atau kerana dia rakyat biasa maka kompoun itu perlu disegerakan??




Demikianlah Artikel Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis

Sekianlah artikel Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Ini Penjelasan Polis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/kompaun-rm50000-kepada-peniaga-burger.html

Subscribe to receive free email updates: