Nak Kena Pecat Ke Khairy?

Nak Kena Pecat Ke Khairy? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Kena Pecat Ke Khairy?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nak Kena Pecat Ke Khairy?
link : Nak Kena Pecat Ke Khairy?

Baca juga


Nak Kena Pecat Ke Khairy?



KANGAR: Gesaan supaya pemimpin UMNO yang sedang berkhidmat sebagai menteri agar melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos tidak boleh diguna pakai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau hanya berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang tidak menyatakan sebarang tarikh bila perlu melepas jawatan.


“Yang cakap Ogos itu ’Taj Mahal’, (Pengarah Pilihan Raya UMNO) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Jadi beliau tak boleh cakap begitu.

“Kita perlu dengar arahan dan apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.


Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, UMNO memuktamadkan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga darurat berakhir pada Ogos ini.

Meskipun perkara itu tidak dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC), namun Tajuddin memberitahu, ia memperakui keputusan yang ditetapkan sewaktu Perhimpunan Agung 2020, 28 Mac lalu.

Tajuddin dalam temubual dengan sebuah portal berita awal bulan lalu turut memberitahu, ahli-ahli UMNO yang kini sedang berkhidmat sebagai menteri akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan.

Pelepasan jawatan tersebut juga termasuk mereka yang memegang jawatan timbalan menteri dan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau sebelum ini, menyatakan kesediaan melepaskan jawatannya dalam Kabinet jika diarahkan UMNO.

Katanya, sebagai ahli organisasi terbabit, beliau terikat dengan keputusan parti dan pembuat keputusan tertinggi adalah Majlis Tertinggi (MT) ~ Utusan Malaysia




Demikianlah Artikel Nak Kena Pecat Ke Khairy?

Sekianlah artikel Nak Kena Pecat Ke Khairy? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nak Kena Pecat Ke Khairy? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/nak-kena-pecat-ke-khairy.html

Subscribe to receive free email updates: