Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan

Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan
link : Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan

Baca juga


Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan

 

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan tiada kebenaran untuk rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, kata menterinya Dr Adham Baba.

Katanya, pihak kementerian mengusulkan aktiviti rentas negeri ditangguhkan kerana penularan Covid-19 masih di tahap membimbangkan, termasuk kemunculan varian baru pandemik.


KKM mengusulkan perkara itu biarpun banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, katanya.

“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.


Umat Islam yang sedang berpuasa dijangka menyambut hari raya pada pertengahan Mei.

Pada Sabtu lepas, menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata KKM diminta untuk membuat pengumuman lebih awal berhubung status aktiviti rentas negeri untuk perayaan Aidilfitri.

Katanya, KKM lebih maklum mengenai kesesuaian kebenaran rentas negeri kerana mereka yang membuat penilaian risiko.

Beliau berkata tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas 31 kluster baharu dikesan melibatkan pergerakan rentas negeri sebelum ini.


Kebenaran rentas negeri ditarik balik apabila kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan sekali lagi bermula Januari lalu.

Dr Adham sebelum ini berkata pihaknya melihat enam petunjuk berhubung penularan Covid-19 untuk membuat keputusan masa yang sesuai bagi membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Enam petunjuk ialah laporan kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend serta kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU), serta situasi semasa petugas kesihatan.

Ketika itu beliau berkata Kementerian Kesihatan meneliti pandangan pakar supaya perjalanan rentas negeri dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Katanya, apa saja keputusan kerajaan mengenai perkara itu adalah bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan dan penularan baharu ~ The Malaysian Insight


Click Image for detail




Demikianlah Artikel Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan

Sekianlah artikel Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Ini, Cadang Kementerian Kesihatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/tiada-rentas-negeri-aidilfitri-ini.html

Subscribe to receive free email updates: