Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat..

Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat..
link : Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat..

Baca juga


Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat..



"Harapkan panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di tengah hari, harapkan kes positif Covid-19 semakin menurun, tetapi meningkat secara mendadak sehari selepas penurunan," kata Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak.

Beliau berkata, kes positif Covid-19 hanya mencatatkan sebanyak 58 kes Ahad lalu, tetapi meningkat secara mendadak sebanyak 143 kes menjadikan 201 kes baharu, semalam.


"Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 1,006 kes aktif dengan jumlah keseluruhan 5,785 kes.

"Walaupun 996 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa, tetapi seluruh rakyat digesa terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 terutama membabitkan komuniti," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, daerah Besut masih mencacatkan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 578 kes, Setiu (252), Dungun (151), Kuala Terengganu (109) dan Kuala Nerus dengan 77 kes lapor Harian Metro semalam.

Persoalannya.. kenapa kes Covid-19 meningkat dengan begitu drastik sekali di negeri Terengganu itu?


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus ada jawapannya.. bacalah..

KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU

DUA HARI berturut2 Terengganu melaporkan TIGA DIGIT kes harian Covid 19. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU HSNZ buat masa ini.

Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana tatakelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 bersuka ria di Terengganu.

Saya kongsi kisah kisah Kluster yang mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP yang menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas.


KISAH 1 
Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.

KISAH 2
Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. 

Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan. Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. 

Turun naik rumah itu biasa. PPALUT MOLEK

KISAH 3
Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat. 

Merebak pula ke KT bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.

KISAH 4 
Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. 

Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.

KISAH 5
Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. 

Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring

Berpuloh puloh kisah boleh dishare untuk diambik iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. 

Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.

Kita tak tahu status kawan kita masa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu bila mereka disahkan positif. Akhirnya kita menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif.

IKTIBAR NYA. 
Jangan ambik mudah kebolehjangkitan Virus Covid 19 ni seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya 3 guru disahkan positif.

Semua pemimpin masyarakat dari semua peringkat termasuk semua Ketua Jabatan sila pastikan PEMATUHAN SOP dikalangan semua rakyat dan anggota di kawasan/Jabatan masing2.

TANGGUHKAN semua majlis perkumpulan. Semua kena DUDUK RUMAH. Tidak ada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersukaria.

Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.

Tiada paksaan untuk anda membaca tulisan ini. Boleh abaikan. Kalau ada manafaat sebarkan nasihat ini kepada semua orang.

Pesanan #PKNTrg

Dr Nor Azimi binti Yunus 
Pengarah Kesihatan Terengganu


Hmm.. bila SOP yang ada dianggap menyusahkan dan sebagai beban.. akhirnya yang langgar SOP itu pula yang menyusahkan dan menjadi beban..




Demikianlah Artikel Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat..

Sekianlah artikel Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah-kisah SOP Kelaut Yang Jadi Punca COVID-19 Di Terengganu Meningkat.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/kisah-kisah-sop-kelaut-yang-jadi-punca.html

Subscribe to receive free email updates: