Judul : Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah…
link : Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah…
Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah…
“Saya tahu rakyat marah.” Satu ungkapan yang kini tular. Ia pengakuan oleh seorang pemimpin kerajaan bahawa rakyat kini marah kepada kerajaan, kepada Putrajaya.
Soalnya, setelah membuat pengakuan itu, apakah pemimpin kita cuba memahami kenapa rakyat marah terhadap mereka?Saya kumpulkan kenyataan beberapa pihak mengenai isu ini dengan harapan boleh jadi renungan pemimpin kita.
Mengikut Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden Parti Amanah Negara), rakyat tidak kecewa dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi mereka marah dengan ketidaktentuan (flip-flop) arahan kerajaan kepada peniaga sepanjang Ramadan.
Ketidaktentuan arahan kerajaan ini menyebabkan peniaga bazar Ramadan menanggung kerugian besar.
Bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak (bekas menteri), rakyat marah kerana keputusan ketidaktentuan kerajaan dalam menangani krisis peningkatan kes Covid-19.
Beliau turut menegur wujudnya ‘terlalu ramai jurucakap’ yang menyebabkan ‘percanggahan pandangan antara mereka,’ sekali gus ‘menimbulkan persepsi negatif dan menambah kekeliruan rakyat.’
Dwistandard
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, rakyat marah kerana ada layanan ‘dwistandard’ diamalkan kerajaan.
Beliau merujuk kepada berita Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar yang dibenarkan bercuti 55 hari ke luar negara semata-mata menziarahi ahli keluarganya.
Pemimpin kerajaan sepatutnya menjadi role model, bukan menjadi penyebab kepada kemarahan rakyat.
Mengikut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, rakyat marah kerana ada dwistandard dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), ada layanan berbeza dari segi penguatkuasaan undang-undang, kompaun dikenakan tanpa pertimbangan kemanusian, dan pelaksanaan SOP yang ‘tidak konsisten dan cacamarba.’
Gagal
Bagi Datuk Ab. Aziz Kaprawi (bekas timbalan menteri), ada pelbagai sebab rakyat marah kepada kerajaan, antaranya:
Lemah mengurus SOP sehingga menyebabkan rakyat dan pegawai penguat kuasa keliru.
Peraturan bersifat dwistandard.
SOP yang mengawal ketat sektor ‘ekonomi rakyat’ (kais pagi makan pagi) tetapi memberi kelonggaran kepada ‘ekonomi taikun’ sehingga mengakibatkan peningkatan kes yang amat tinggi.
Melaporkan tunggakan kes sebagai kes harian sehingga memberi gambaran yang salah mengenai situasi sebenar.
Gagal mengurus ekonomi negara – gagal bawa masuk pelaburan luar negara. Pada masa sama, banyak syarikat antarabangsa berpindah ke negara jiran.
Pengisytiharan darurat gagal membendung penularan pandemik tetapi dijadikan alasan menggantung sidang Parlimen.
Menteri yang kelihatan tidak efektif – ada menteri yang menjadikan pejabatnya seperti studio peragaan fesyen, dan ada menteri yang flip-flop mengenai isu pembukaan sekolah.
Menyelamatkan nyawa rakyat
Pada 6 Mei lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui, “saya tahu rakyat marah.” Namun, tetap menegaskan niat kerajaan mengenakan PKP yang baharu adalah ‘untuk menyelamatkan nyawa rakyat.’
Tegasnya lagi, “rakyat kena faham, bukan tujuan kerajaan untuk menyusahkan. Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara itu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang Covid-19 dan mula memberikan kebebasan. ”
Denda tidak masuk akal
Bagi Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, rakyat tidak marah kerana PKP.
“Perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat adalah denda yang tidak masuk akal dan kelonggaran hanya diberikan kepada golongan tertentu,” katanya.
Ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menggariskan beberapa sebab rakyat marah kepada kerajaan:
Sewaktu darurat diisytiharkan (12 Januari 2021), jumlah kes positif adalah 141,533 dengan 559 kematian. Lima bulan kemudian, kes meningkat kepada 411,594 dengan 1,521 kematian.
Kadar vaksinasi lembab.
Pengangguran bertambah.
Kerajaan tidak punya dasar yang jelas. Banyak perkara yang diuruskan sekarang adalah secara ad hoc.
Peluang pekerjaan terbatas.
Ekonomi negara suram.
Pelaburan asing merudum, malah yang sedia ada pun berpindah keluar.
Menteri dan timbalan menteri ramai, tetapi rakyat melihat mereka sebagai tidak begitu berfungsi, satu pembaziran wang negara.
Parlimen digantung untuk elak akauntabiliti kerajaan. Ordinan yang diluluskan tidak mesra rakyat.
Ziarah raya
Bagi Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad (yang memuat naik klip video bertajuk PKP last minute 3.0), dia kecewa tentang isu ziarah raya.
Walaupun dia dan ibunya memiliki rumah masing-masing dalam daerah yang sama, disebabkan larangan ziarah raya dikuatkuasakan, dia meminta ibunya pergi ke sebuah pasar raya berdekatan untuk dia memohon maaf di situ.
Katanya, dia amat sedih kerana pada awalnya kerajaan sudah pun menyatakan ziarah raya dibenarkan di kawasan PKP pada 1 Syawal bagi tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz rumah.
Kesimpulannya, antara sebab utama rakyat marah kepada kerajaan sekarang adalah ketidaktentuan membuat keputusan, gagal memerangi pandemik, layanan dwistandard, lemah mengurus SOP, Parlimen digantung dan pengangguran bertambah.
Pemimpin kita perlu fahami kenapa rakyat marah dan berusaha mengatasinya. Kemarahan adalah seperti api, perlu dikendalikan dan dipadamkan – yang memerlukan kebijaksanaan, kesabaran dan perancangan.
Oleh: Datuk Salleh Buang
Bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara,
Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Demikianlah Artikel Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah…
Sekianlah artikel Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wahai Muhyiddin.. Fahamilah Kenapa Rakyat Marah… dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/wahai-muhyiddin-fahamilah-kenapa-rakyat.html