Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?

Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?
link : Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?

Baca juga


Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?

RAUB: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri antara individu yang dimasukkan dalam tiga laporan polis kerana didakwa menganjurkan majlis sosial hiburan sehingga menyebabkan penularan pandemik Covid-19 di daerah ini.

Laporan itu dibuat Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Raub, Datuk Mohd. Fakrunizam Ibrahim; Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Raub, Rosdi Ali dan seorang peniaga kecil.


Mohd. Fakrunizam berkata, pihaknya meminta polis mengambil tindakan terhadap individu yang menganjurkan majlis hiburan dan mereka yang bertanggungjawab memberi kebenaran aktiviti sosial hiburan ketika penularan pandemik Covid-19.

Katanya, peningkatan kes Covid-19 menyebabkan seluruh daerah itu kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga membebankan peniaga kecil khususnya di bazar Ramadan yang tidak dapat berniaga.


“Penularan ‘Kluster Datuk Seri’ ini isunya sama dengan Kluster Sivagangga. Mengapa semasa dalam keadaan darurat Covid-19 dan bulan Ramadan pusat hiburan dibuka dengan aktiviti persundalan dan maksiat.

“Jadi kita mahukan tindakan dikenakan terhadap Datuk Seri terbabit dan turut siasat siapa yang membenarkan pusat hiburan seperti itu dibuka,” katanya di sini hari ini.


Seluruh daerah Raub dikenakan PKPD bermula 30 April hingga 13 Mei manakala enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Kluster Raub Jaya yang berpunca daripada aktiviti sosial.

Mohd. Fakrunizam berkata, pihaknya juga menuntut ganti rugi diberikan kepada peniaga-peniaga kecil yang terjejas teruk akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan ditetapkan.


Sementara itu, Rosdi berkata, pelaksanaan PKPD di daerah itu memberi kesan besar kepada peniaga yang kehilangan sumber pendapatan selepas bazar Ramadan terpaksa ditutup.

Beliau berkata, akibat pelaksanaan PKPD itu turut menyebabkan ramai peniaga mengalami kerugian yang besar sehingga membebankan mereka dalam mencari pendapatan untuk menyara keluarga. – UTUSAN



Demikianlah Artikel Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub?

Sekianlah artikel Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis 'Datuk Seri' Punca Penularan Pandemik Covid-19 Di Raub? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/majlis-datuk-seri-punca-penularan.html

Subscribe to receive free email updates: