Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN

Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN
link : Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN

Baca juga


Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kerjasamanya dengan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah bagi menarik sokongan ahli Parlimen Umno gagal.

Mahathir mendakwa ahli Parlimen Gua Musang itu gagal mempengaruhi cukup ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Dia berkata demikian dalam wawancara bersama portal Malaysiapost malam tadi, berhubung sidang medianya dengan Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, pada 14 Disember lalu yang menimbulkan kejutan.

"Tengku Razaleigh ini ada pengaruh dalam Umno, kalau dia boleh tarik dua tiga orang keluar (tidak menyokong kerajaan PN) seperti dia (maka) jatuh kerajaan, tetapi dia tidak berjaya tarik.

“Jadi saya bersama dengan dia (ketika itu) kerana dia kata boleh tarik sebahagian orang Umno tetapi tiada orang Umno nak keluar.

"Tiada siapa pun nak tinggal jawatan lumayan ini. Kawan dia atau orang yang dekat dengan dia tiada seorang pun, jadi dia tinggal seorang sahaja," katanya.

Sidang media dua bersama dua tokoh yang pernah berseteru itu dibuat sehari sebelum bacaan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Ia dilihat sebagai usaha terakhir untuk menggagalkan RUU itu di Dewan Rakyat sekali gus membuktikan kerajaan PN tiada majoriti.


Ketika itu, Ku Li berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh berbanding PN.

Usaha itu gagal apabila Belanjawan 2021 diluluskan menerusi undi belah bahagi dengan majoriti tiga undi.


Kira-kira sebulan kemudian, dua lagi ahli Parlimen Umno, Ahmad Jazlan Yaakub dan Nazri Aziz menyusuli Ku Li dengan menarik balik sokongannya terhadap PN.

Namun pada masa sama, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan darurat yang antara lain menyebabkan Parlimen digantung.

Untuk rekod, pada November tahun lalu, Ku Li juga pernah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen agar menyokong usul undi tidak percaya dibuat terhadap Muhyiddin ~ MalaysiaKini



Demikianlah Artikel Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN

Sekianlah artikel Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Dedah Ku Li Usaha Nak Tumbangkan PN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/mahathir-dedah-ku-li-usaha-nak.html

Subscribe to receive free email updates: