Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula...

Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula...
link : Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula...

Baca juga


Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula...

Dua hari yang lalu ekoran dari keceluparan mulutnya.. Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari pengerusi bukan eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selepas berseloroh pada sidang media berhubung kemalangan dua tren transit aliran ringan (LRT) baru-baru ini.

Pada Isnin lalu, dua tren LRT bertembung dan mengakibatkan 64 orang dikejarkan ke hospital di mana enam daripadanya berada dalam keadaan kritikal.


Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong terus turun ke tempat kejadian selepas kemalangan itu.

Bagaimanapun, Tajuddin yang juga pengerusi Prasarana yang bertanggungjawab terhadap LRT hanya dilihat berada di lokasi kejadian pada keesokan harinya.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai situasi di lokasi kemalangan LRT berkenaan, Tajuddin berkata "normal ... hanya dua tren bersama, saling bercium ..." dan kemudian ketawa kecil.

Selain itu, kenyataan Tajuddin ketika menjawab soalan mengenai ketiadaannya di tempat kejadian pada malam selepas kemalangan berlaku turut mendapat kritikan di media sosial.

Kebanyakannya tidak senang dengan kenyataan "first thing in the morning" yang dibuatnya.

Tajuddin menjelaskan bahawa dia tidak pergi pada malam kejadian kerana dia baru saja selesai mesyuarat dan ingin bersiap untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19.

Cara Tajuddin mengendalikan sidang media itu kemudiannya mengundang gesaan agar dia berundur daripada Prasarana.


Petisyen yang menggesa pemecatan Tajuddin telah mendapat lebih 130,000 penandatangan.

Polis juga sedang menyiasat Tajuddin kerana tidak memakai pelitup muka ketika sidang media itu.

Hari ini..

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Difahamkan, siasatan itu dipercayai dibuat selepas mendapati Tajuddin menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan dalam Prasarana.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Salak itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.

Kata beliau, Tajuddin bagaimanpun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berhubung perkara berkenaan.

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta. - UTUSAN

Sudah jatuh ditimpa tangga.. sudahlah dipecat dari Jawatan Pengerusi PRASARANA ditahan SPRM pula.. nasib hang la Tajuddin..



Demikianlah Artikel Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula...

Sekianlah artikel Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setelah Dipecat Tajuddin Ditahan SPRM Pula... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/setelah-dipecat-tajuddin-ditahan-sprm.html

Subscribe to receive free email updates: