Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah

Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah
link : Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah

Baca juga


Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah

SHAH ALAM - Sumber terdekat kepada bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber berkenaan, Tajuddin dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Khamis.


Ketika dihubungi pada pagi Jumaat, sumber berkenaan memberitahu bahawa Tajuddin sedang berehat di kediamannya.

“Tidak betul (dakwaan) itu. Tajuddin ada di rumah. Tak ada orang cakap dia kena tahan dalam lokap.

“Kalau dia kena tahan, mesti ada di lokap,” katanya.


Tajuddin juga difahamkan enggan memberi sebarang komen buat masa ini, sebaliknya mahu berehat.

Bagaimanapun, beliau dilihat memasuki Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 11.30 pagi Jumaat bagi menghadiri mesyuarat dengan Sekretariat Pilihanraya UMNO berhubung persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada Jumaat, media melaporkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.


Pada Rabu, kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan tersebut diambil selepas sidang akhbar dikendalikan Tajuddin bagi menjelaskan insiden kemalangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cedera parah, manakala 166 lagi cedera ringan sebagai tidak profesional, biadab dan memalukan.

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang akhbar selama 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedangkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau dalam sidang akhbar tersebut.

Lebih memalukan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah normal dengan hanya dua tren bersama saling 'bercium' ~ SH



Demikianlah Artikel Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah

Sekianlah artikel Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tajuddin Tidak Ditahan Di Lokap, Sedang Berehat Di Rumah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/tajuddin-tidak-ditahan-di-lokap-sedang.html

Subscribe to receive free email updates: