Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Rosmah Dakwa Dirinya Dianiayalink :
Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya
Baca juga
Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah di Sarawak mendakwa bekas peguam negara Tommy Thomas dan pesara hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram bersubahat untuk menganiaya dirinya sama seperti yang dilakukan terhadap suami beliau, Najib Razak.
Beliau berkata, individu yang dikenali sebagai Hamidah Osman membuat laporan polis di Batu Gajah, Perak pada 20 Mei selepas Thomas memfailkan dua afidavit untuk mengetepikan permohonannya untuk membatalkan kelayakan Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes beliau dan mengisytiharkan perbicaraannya terbatal.
Beliau berkata, Hamidah mendakwa bahawa Thomas “berbohong dan menipu” dalam mengesahkan afidavit itu.
“Mahkamah juga mesti meneliti fakta ini dalam menilai kenyataan Thomas dalam afidavitnya kerana beliau tiada kredibiliti,” kata isteri bekas perdana menteri itu dalam afidavit balas beliau.
“Thomas bersama-sama Sri Ram mempunyai niat jelas dalam mencapai agenda keji mereka untuk menganiaya saya sama seperti yang mereka lakukan terhadap Najib.”
Sri Ram juga merupakan ketua pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah 1MDD dan kes mengubah laporan audit 1MDB melibatkan Najib.
Pembantu Rosmah, Aizulhaimi Mohd Termizi, juga membuat laporan polis yang mendakwa Thomas membuat sumpah bohong dengan mengesahkan afidavit berkenaan bagi menyokong pelantikan Sri Ram.
Rosmah mendakwa keputusan Thomas untuk melantik Sri Ram sebagai pendakwa raya kanan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah (CPC) tidak diwartakan dan tiada dokumen dikemukakan kepada mahkamah sehingga kini.
Peguam beliau mengambil pendirian bahawa Sri Ram, yang kembali kepada amalan guaman selepas bersara, sepatutnya dilantik bawah Seksyen 379 kanun yang sama untuk membuat pendakwaan terhadap Rosmah.
“Penjelasannya (Thomas) mengenai pelantikan itu adalah fantasi kerana fiat (lesen) hanya dikeluarkan oleh Peguam Negara Idrus Harun pada 8 Julai 2020,” katanya.
Rosmah berkata, Thomas juga menyebut dalam memoir beliau, “My Story: Justice in the Wilderness”, yang diterbitkan awal tahun ini, bahawa pelantikan Sri Ram di bawah Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah hanyalah untuk memeriksa kertas siasatan dan menjalankan pendakwaan berkaitan kes 1MDB.
Selepas itu Thomas bagaimanapun melantik Sri Ram di bawah Seksyen 376(3) untuk menjalankan pendakwaan jenayah, termasuk kes rasuah dan pengubahan wang membabitkan Rosmah.
“Oleh sebab Sri Ram berada dalam kawalan dan arahan saya dan berada pada kedudukan untuk menjalankan semua kuasa pendakwa raya, saya secara peribadi memberikan kuasa kepadanya untuk menjalankan pendakwaan lain juga,” katanya.
Pada 30 ogos 2018 Thomas berkata, beliau melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengendalikan pendakwaan berkaitan perkara yang kemudiannya dikenali sebagai “skandal 1MDB”.
Katanya, beliau meminta Sri Ram menjalankan pendakwaan lain juga, termasuk kes rasuah dan pengubahan wang terhadap Rosmah.
“Anggapan bahawa saya perlu memberikan surat lain secara bertulis kepada Sri Ram (untuk menjalankan pendakwaan dalam kes rasuah Rosmah) di bawah Seksyen 379 CPC adalah falasi undang-undang,” katanya.
Permohonan Rosmah dijadual didengar di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 3 Jun.
Permohonan itu difailkan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada April bahawa surat pelantikan Sri Ram tidak ditulis tarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, iaitu tarikh Rosmah didakwa di mahkamah, dan tidak ditandatangani oleh Thomas.
Hakim Suraya Othman, yang mengetuai panel tiga hakim berkata, surat tersebut bertarikh 8 Julai 2020, iaitu 19 bulan selepas Rosmah didakwa, dan ditandatangani oleh Idrus, yang merupakan peguam negara sekarang.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsuddin berkaitan projek bekalan tenaga solar sekolah di Sarawak, selain menerima RM6.5 juta daripadanya.
Wang itu didakwa bertujuan membantu syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd mendapat projek bernilai RM1.25 bilion tersebut.
Pembelaan Rosmah dijadual didengar selama sembilan hari antara Jun dan Julai ini lapor
FMT
Demikianlah Artikel Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya
Sekianlah artikel Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rosmah Dakwa Dirinya Dianiaya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/rosmah-dakwa-dirinya-dianiaya.html