Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M

Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M
link : Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M

Baca juga


Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pengalaman melihat sekumpulan pekerja projek menunggu bas pekerja di tepi jalan dalam keadaan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Beliau berkata, ketika pulang dari pejabat di Yayasan kepimpinan Perdana, beliau melihat kira-kira 20 bercangkung sederet tanpa penjarakan fizikal, ada yang memakai pelitup muka di bawah dagu malah ada beberapa orang yang tidak memakai pelitup langsung.


“Saya tak fikir mereka sudah disuntik. Tetapi yang jelas ialah mereka tidak ikut SOP. Cara mereka dekat diri antara mereka tetap memudahkan jangkitan.

“Saya percaya di tempat-tempat kerja lain pun cara pekerja abaikan SOP tentu begitu.

“Tidak ternampak tandil atau overseer sesama mereka yang boleh menegur cara SOP mereka,” katanya.

Katanya, SOP memang baik tetapi cara SOP diamal oleh para pekerja dan orang ramai tidak seperti yang dikehendaki terutamanya dalam keadaan jangkitan memang mudah.

Dr Mahathir berkata, sejak tiga hari lalu angka kes baru mencecah lebih daripada 7000 dan besar kemungkinan jumlah akan meningkat lagi.

Katanya, peningkatan jumlah ini membuktikan SOP kurang atau tidak berkesan.

“Tetapi ramai orang yang tidak dijangkiti. Kenapa begitu ramai yang dijangkiti tiap hari tetapi ramai yang tidak dijangkiti atau belum dijangkiti. Mungkin mereka yang mengurus wabak ini tahu,” katanya.

Beliau turut menyentuh tentang SOP di masjid di mana para jemaah menjauhkan diri semasa sembahyang namun selepas selesai masing-masing tidak menjauhkan diri malah semasa keluar masjid ada yang mendekati sesama mereka.


Dr Mahathir berpendapat bahawa pihak polis dan frontliners lain perlu menentukan jarak sosial diamal dengan baik.

“Memandang bahawa virus ini boleh ditiup angin, adalah lebih baik jarak perpisahan sejauh dua meter.

“Semasa bekerja, pekerja tidak mengikut jarak antara mereka. Demikian juga ditempat beli belah,” katanya.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahi Parlimen Langkawi itu di akhir catatannya berkata, ekonomi akan merosot kerana lockdown tetapi lebih baik kemerosotan ekonomi dari kematian.

“Saya tak hendak komen bagaimana darurat berkesan dalam pengawalan wabak Covid-19,” katanya.

Perkembangan terkini menyaksikan sebanyak 7,857 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini (27Hb Mei) – jumlah tertinggi sejak wabak tersebut melanda negara Februari tahun lalu.

Itu pandangan Tun mengenai SOP yang tidak dipatuhi dikalangan pekerja yang dicatat di Blog Chedet.cc dan disiarkan oleh MalaysiaGazette, Tun menekan 'Ekonomi akan merosot kerana lockdowntetapi lebih baik kemerosotan ekonomi dari kematian'.

Berikut adalah sebahagian laporan dari Berita Harian dengan tajuk 'COVID-19: Mimpi ngeri semakin hampir' yang melaporkan kluster-kluster baru tempat kerja yang semakin bertambah..

KUALA LUMPUR: Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10,000 kes harian baharu COVID-19, selepas tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi angka 7,000 pada Selasa, Rabu dan semalam.

Ini ditambah penularan varian baharu pandemik COVID-19 yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku, terutama di tempat kerja yang semakin membimbangkan.


Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu, sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes dilaporkan sehingga 26 Mei 2021 dan lebih separuh (62 kluster) membabitkan sektor pengilangan.

Semalam, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dan tujuh daripadanya kluster tempat kerja yang kebanyakannya kilang.

Sementara itu, setakat 23 Mei lalu, negara mencatat 12 kes baharu varian Afrika Selatan B.1.351 di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor, menjadikan jumlahnya 78 kes.

Satu kes baharu varian India B.1.617 dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah enam (6) kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat varian membimbangkan (VOC) sebagai kerisauan global iaitu United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

WHO baru-baru ini menyatakan Varian B1617 (India) setakat ini ditemui di 60 wilayah dan negara, sementara Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah, manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, Malaysia menambah sebanyak 7,857 lagi kes harian baharu COVID-19, yang tertinggi sejak kes positif pertama COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,675 kes, diikuti Sarawak 772 kes dan Kelantan 754 kes.

Pada Selasa (25 Mei), kes harian baharu COVID-19 direkod sebanyak 7,289 kes sementara pada Rabu (26 Mei), meningkat kepada 7,478 kes.

Pada kedua-dua hari ini, Selangor menyumbang kes harian baharu terbanyak iaitu 2,642 kes (Selasa) dan 2,455 kes (Rabu).

Kes kumulatif yang direkod semalam sebanyak 541,224 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menghampiri 70,000 iaitu 69,408 kes.

Berikut rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh rangkuman mingguan 22 Mei hingga 27 Mei 2021:-

- 22 Mei 6,320 kes 
- 23 Mei 6,976 kes 
- 24 Mei 6,509 kes 
- 25 Mei 7,289 kes 
- 26 Mei 7,478 kes 
- 27 Mei 7,857 kes.

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat. Begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat semalam, sebanyak 771 kes direkod di ICU dan 392 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Sebagai langkah siap siaga, Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa meminta hospital swasta untuk menambah katil ICU, selain turut menggunakan Ordinan Darurat Seksyen 3 iaitu mengambil alih hospital baharu yang belum digunakan seperti Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk merawat pesakit COVID-19.

Dengan 541,224 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga ke-41 dalam senarai 216 negara yang dilanda pandemik COVID-19.

Di hadapan Malaysia ialah Nepal dengan 542,256 kes dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 563,215 kes.


Nampaknya COVID-19 ini telah meletakkan Kerajaan dalam dilema.. nak dilaksanakan 'Total Lockdown' akan memberikan kesan kepada ekonomi.. 

Ekonomi yang parah.. akan menyebabkan rakyat marah kepada Kerajaan..

Hmmm... dah jadi ditelan mati emak..diluah mati bapak.. nasib hangpa la.. gatai nak ambil alih Kerajaan sangat hangpa tanggung laa..



Demikianlah Artikel Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M

Sekianlah artikel Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati - Tun M dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/lebih-baik-kemerosotan-ekonomi-dari.html

Subscribe to receive free email updates: