Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin?link :
Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin?
Baca juga
Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin?
TAKUT kepada kesan sampingan, isu logistik dan keraguan mungkin menjadi antara sebab mengapa lebih 52,000 individu di tujuh negeri gagal hadir janji temu suntikan vaksin Covid-19, kata pakar perubatan.
Kedah catat jumlah paling ramai dengan dengan 10,827 individu tidak hadir janji temu yang diberi melalui aplikasi MySejahtera. Ini diikuti Pahang (10,000), Kelantan (10,000), Perak (9,009), Negeri Sembilan (6,323), Melaka (3,612) dan Perlis (3,000).
Kebanyakan yang tidak hadir janji temu memberi alasan berada di luar kawasan, tidak sihat, belum bersedia menerima vaksin atau sedang menjalani kuarantin, menurut jabatan kesihatan negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata keraguan melampau terhadap vaksin masih membelenggu masyarakat.
Keraguan terhadap vaksin masih serius meskipun ramai orang memilih untuk mendapatkan suntikan vaksin Astrazeneca, katanya.
“Tinjauan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Disember lalu mendapati 33% daripada lebih 200,000 responden tidak pasti atau tidak mahu mengambil vaksin Covid-19.
“Kebanyakan daripada mereka bimbang terhadap kesan sampingan, tahap keselamatan dan bahan dalam vaksin,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Azrul, usaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat perlu dipergiat, selain menyelesaikan isu berkaitan logistik.
“Warga emas memerlukan sokongan tambahan, terutamanya berkaitan makluman dan pengesahan janji temu. Orang ramai perlu dipastikan tiba ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan pulang dengan selamat,” jelasnya.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar memberitahu, keraguan terhadap vaksin, mengabaikan makluman janji temu dan masalah pengangkutan antara sebab utama yang dikenal pasti.
“Alasan-alasan ini tidak boleh diterima. Mereka (pihak berkuasa) perlu beri suntikan kepada orang lain, tak perlu orang yang tidak datang.
“Ada yang berpendapat vaksin ini ada bahan haram dan ada yang kata vaksin sebabkan kesan sampingan serius,” kata Dr Zainal.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed menggesa orang Islam di Kelantan mengambil vaksin Covid-19 selepas pihak berkuasa agama negeri memutuskan pengambilannya wajib ke atas kumpulan sasaran yang ditetapkan.
Mustapa berkata kedudukan vaksin Covid-19 sudah diperhalusi oleh pihak berkuasa agama negeri yang memutuskan juga ia harus bagi mereka yang lain.
“Oleh itu tidak sepatutnya ada keraguan dalam kalangan orang Islam di Kelantan,” kata ahli Parlimen Jeli itu dalam wawancara dengan radio KelantanFM pagi ini.
Pakar virologi Dr Chee Hui Yee dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia berkata, kebimbangan terhadap kesan sampingan dari pengambilan vaksin mungkin faktor utama.
Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa orang Melayu paling ramai menolak vaksin.
“Oleh kerana orang Melayu membentuk populasi paling ramai di Malaysia, ini memberi gambaran bahawa mereka menolak vaksin.
“Alasan tidak dapat hadir janji temu adalah munasabah kerana ramai warga emas tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera. Apa yang saya lihat, ramai masyarakat Melayu mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca tetapi tidak berjaya,” kata Dr Chee.
Azrul bagaimanapun berkata perkembangan semasa dalam kalangan orang Melayu begitu membimbangkan.
“Ramai orang tua ikut nasihat kerajaan supaya mendaftarkan diri untuk dapatkan vaksin dan sudahpun menerima tarikh janji temu.
“Tetapi anak mereka yang ragu-ragu terhadap vaksin atau anti vaksin pula beri maklumat yang bercanggah, yakinkan ibu bapa supaya jangan ambil vaksin. Mereka beritahu ibu bapa supaya jangan hadir janji temu,” ujarnya.
Tambahnya, maklumat tidak tepat dan mengelirukan mengenai vaksin Covid-19 yang tersebar di media sosial menambahkan lagi keraguan orang ramai.
Pakar Epidemiologi dari UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, bagaimanapun menolak pandangan keraguan terhadap vaksin menjadi faktor utama ramai tidak hadir janji temu.
“Saya tidak fikir itu sebabnya. Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan mereka tangguh janji temu. Kita perlu kenal pasti apakah puncanya sebelum membuat kesimpulan.” ~
TMI
Demikianlah Artikel Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin?
Sekianlah artikel Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Ramai Tak Hadir Janji Temu Vaksin? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/kenapa-ramai-tak-hadir-janji-temu-vaksin.html