100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan

100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan
link : 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan

Baca juga


100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan

 


PETALING JAYA: Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mampu bertahan lebih lama dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan hampir 100,000 daripadanya dikhuatiri terpaksa menghentikan operasi perniagaan.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda berbanding 30,000 PKS yang terkesan seperti dilaporkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), malah jumlahnya tentu lebih tinggi jika mengambil kira perusahaan yang telah gulung tikar tanpa memaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) Pusat, Datuk William Ng berkata, PKP penuh yang masih berlangsung saat ini amat membebankan sebahagian besar pemilik PKS.

Ujarnya, ketika PKP 1.0 tahun lalu, kebanyakan PKS masih mempunyai simpanan untuk memastikan perniagaan mereka boleh terus bertahan namun setelah lebih setahun keadaan masih tidak berubah, mereka sudah tidak mampu untuk bertahan sendiri tanpa bantuan yang sepatutnya.

“Kira-kira 30 peratus PKS sudah kehabisan wang simpanan dalam tempoh PKP penuh kali ini dan jika sekatan masih berpanjangan, banyak di antaranya terpaksa ditutup.

“Bank Dunia, dalam Tinjauan Ekonomi Malaysia terbaharu juga menegaskan fakta yang PKS di negara ini mempunyai aliran tunai yang lebih rendah di rantau ini. Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelum ini pula lebih banyak ‘membisu’ dan bukannya menetapkan rancangan pemulihan kepada kami dan bagaimana Malaysia dapat kembali ke landasan yang betul seperti sebelum pandemik,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menunjukkan pimpinan terbaik pada tempoh mencabar ini dengan menyediakan pelan yang jelas dan realistik untuk ekonomi negara supaya PKS dapat pulih seterusnya memanfaatkan peluang dalam norma baharu.

“Keadaan semasa amat membimbangkan dan dalam tinjauan terbaharu kami, sebanyak 16 peratus daripada responden PKS memaklumkan perniagaan mereka hanya akan pulih pada 2023,” katanya.

Menurut William, selain bantuan dalam mendepani cabaran pandemik, kerajaan perlu membantu PKS tempatan dalam mempercepat automasi dan bergantung kepada tenaga fizikal, di samping meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang bakal menerajui perusahaan di masa hadapan.

“Sekiranya PKS tempatan lebih terdedah dengan pasaran global, perkara itu akan mendorong perniagaan ke arah digitalisasi dengan lebih cepat.

“Dalam masa sama, jangan menetapkan jangkaan yang tinggi sehingga menyukarkan PKS tempatan melabur dalam teknologi. Jangan bercakap mengenai IR 4.0 jika kebanyakan PKS masih menyimpan rekod mereka secara manual di dalam fail,” ujarnya.

Beliau menekankan, kerajaan perlu memberi dorongan PKS tempatan membina jenama sendiri dan bukannya melatih rakyat menjadi orang rengah dan menjual semula produk asing yang berkualiti rendah.

“Kami berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada kemampuan dan perkembangan PKS tempatan seperti yang telah dilakukan melalui SME Corp.,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Demikianlah Artikel 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan

Sekianlah artikel 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 100,000 PKS Mungkin Henti Operasi Kerana Tak Mampu Bertahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/100000-pks-mungkin-henti-operasi-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: