Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan
link : Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

Baca juga


Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN, berkata mereka menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu agar sidang Dewan Rakyat dibuka secepat mungkin serta memperkasa langkah kawalan penularan Covid-19.

Ahli Parlimen Bera berkata mereka menyokong Parlimen dibuka dan berharap sidang akan memberi tumpuan kepada isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Kami bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

“Bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan.

“Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara,” katanya.

Ismail yang juga Menteri Kanan Keselamatan berkata menteri dan timbalan menteri daripada UMNO serta BN akan komited sepenuhnya dalam melaksanakan tugas- tugas, terutama membabitkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan Covid-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

“Apa yang pasti keutamaan Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia,” katanya..

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, perakuan sedemikian yang diwakili Naib Presiden UMNO itu merupakan satu langkah dan tindakan yang tepat.

Bahkan, beliau menyifatkan keputusan itu juga menunjukkan kepekaan kepimpinan tertinggi UMNO untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Komitmen Datuk Seri Ismail Sabri bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Parlimen bersidang semula boleh meredakan suhu politik negara ketika UMNO berdepan krisis kepercayaan antara pemimpin ketika ini.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, perakuan sedemikian yang diwakili Naib Presiden UMNO itu merupakan satu langkah dan tindakan yang tepat.

Bahkan, beliau menyifatkan keputusan itu juga menunjukkan kepekaan kepimpinan tertinggi UMNO untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

"Kenyataan Ismail Sabri dan ahli Parlimen BN yang lain itu merupakan tindakan tepat bagi UMNO untuk terus memberikan komitmen terutama mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet bersama kerajaan dalam menangani pandemik.

"Ini adalah satu langkah baik dan terpuji dan kita sedar bahawa keadaan UMNO sejak dua tiga hari ini sedang berhadapan krisis dengan kenyataan daripada Presiden sendiri bahawa Parlimen perlu bersidang 14 hari selepas notis dikeluarkan

"Saya yakin tindakan sama juga akan dilakukan menteri-menteri Kabinet yang lain untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bagi menamatkan pandemik sekali gus menaikkan imej parti itu di mata rakyat sebagai satu contoh teladan pemimpin UMNO yang baik," katanya dalam kenyataan.

Pada Rabu, dalam satu kenyataan, Ismail Sabri dan ahli-ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) bersetuju Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau kesesuaian pindaan yang diperlukan.

Tegasnya, mereka bagaimanapun tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan pada sidang berkenaan kelak.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Tegasnya, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah ~ Astro Awani




Demikianlah Artikel Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan

Sekianlah artikel Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketika UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan, Ismail Sabri Muncul Selamatkan Keadaan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/ketika-umno-dilanda-krisis-kepercayaan.html

Subscribe to receive free email updates: