Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagallink :
Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal
Baca juga
Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal
Semasa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sedang berjuang menguruskan negara yang sedang berdepan krisis pandemik Covid-19, tiba-tiba Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dalam mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang mengkritik, rakyat boleh memahami sememangnya itu adalah tugas hakiki selaku Ketua Pembangkang tapi rakyat tidak akan faham kewajaran Zahid yang seakan lebih sudu dari kuah.
Hampir majoriti komposisi Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berada dalam Kabinet PN, Zahid sepatutnya selaku ketua parti boleh menasihati atau sekurang-kurangnya memberi tunjuk ajar kepada anak buahnya dalam kerajaan bukan dengan mengikut irama politik pembangkang.
Sekiranya berterusan begini sikap Zahid, tidak mustahil rasa hormat dikalangan ahli-ahli UMNO terhadapnya akan terhakis, ditambah pula persepsi rakyat yang melihat beliau pernah menjadi anak murid kepada Anwar.
Zahid jangan ingat ahli UMNO bodoh atau boleh diperkotak-katik dengan tindak-tanduknya yang membelakangi kepentingan parti dan lebih mementingkan diri dalam setiap keputusan yang dibuatnya.
Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang dikuasai majoriti penyokong Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sekarang digunakan senjata untuk menutup mulut sesiapa yang dilihat tidak seiring dengan pendirian Presiden dan bekas Presiden UMNO itu.
Klip audio yang tular sebelum ini adalah bukti jelas sememangnya wujud pakatan sulit antara Anwar dan Zahid, jika mengikut lunas undang-undang dan peraturan parti sudah lama Zahid ini disingkir atau dipecat daripada parti.
Cumanya, ahli-ahli UMNO ini terlalu taasub dan tidak berani melawan arus apabila terdapat kesalahan dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri, era menyokong membabi buta sudah berakhir dan sekarang adalah era politik baharu yang menuntut keberanian dan ketelusan.
Sekiranya langkah Zahid untuk membawa bersama Anwar berjaya sekalipun, ia bukan jaminan UMNO akan lebih kuat atau mampu memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum kelak, rakyat tidak bodoh untuk menilai sesebuah perjuangan parti tersebut.
Berkali-kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan berhubung bahaya dan risiko yang akan dihadapi UMNO sekiranya bekerjasama dengan Anwar dan DAP, keperitan dirasai Ahli Parlimen Langkawi tersebut sepanjang bersama dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sudah cukup mengajarnya bukan mudah untuk bekerjasama dengan mereka.
UMNO boleh membuat uji kaji untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP, namun jangan lah kemudiaannya menyesal selepas ditimpa musibah apabila parti hancur dan orang Melayu menolak mereka nanti.
Belum pun sempat bekerjasama, bermacam syarat sudah diletak, antaranya perlu menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan tidak ada kompromi berhubung isu tersebut.
Kemudian, adakah UMNO akan sanggup melihat DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri dan bagaimana jika Anwar tidak akan menerima kumpulan dalam UMNO yang terpalit dalam kes rasuah untuk berada dalam kerajaan?
DAP adalah penyokong setia Anwar dan sebagai membalasnya, ganjaran jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tuntutan yang perlu dipenuhi Anwar. Jika ini berlaku, Zahid akan melopong dan UMNO akan jatuh ke lembah penghinaan yang lebih maha dahsyatnya.
Lebih baik Zahid menarik brek dan membuat keputusan yang wajar bukan sekadar atas kepentingan diri semata-mata. Sekiranya parti pun mahu diheret dalam isu peribadi, lebih baik Zahid umum sahaja keluar parti dan menyertai PKR. Disana, cikgunya sudah menanti dengan pintu terbuka, tidak lah perlu lagi bertanya khabar secara panggilan telefon atau pun video call untuk melepaskan rindu.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim memberi peringatan kepada Zahid jika beliau berterusan meneruskan serangan terhadap kerajaan PN gagal, ia juga bermakna UMNO juga turut gagal kerana terdapat wakil dalam kerajaan ketika ini.
“Kalau kerajaan ini tidak berguna, UMNO majoriti dalam kerajaan. Macam mana kerajaan tidak berguna sedangkan ahli UMNO ramai di dalamnya?
“Jadi saya nasihatkan semua pihak bila tegur kerajaan, tegur atas dasar bersama dalam kerajaan. Kalau nak tegur secara terbuka, itu tidak tepat. Kalau nak bagi pandangan pun, biarlah pandangan yang betul,” kata beliau kepada
Agenda Daily
Demikianlah Artikel Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal
Sekianlah artikel Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya.. Jika Kerajaan Gagal Bermakna UMNO Juga Gagal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/sebenarnya-jika-kerajaan-gagal-bermakna.html