Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar

Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar
link : Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar

Baca juga


Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar

KUALA LUMPUR : Usaha menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri masih diteruskan sehingga hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, usaha tersebut dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan menggesa seorang ahli Parlimen dari Pahang untuk menandatangani dokumen yang menyokong usaha tersebut.

Dakwa Shahidan, usaha tersebut dibuat pada 7 Jun lalu sekali gus menjadi individu yang ke-12 menandatangani dokumen berkenaan.

“Seorang ahli Parlimen membuat pengakutan yang dia telah menandatangani untuk menyokong Anwar di hadapan Presiden, Anwar dan seorang kenamaan. Ia dibuat pada 7 Jun lalu, ini yang terbaharu.

“Kalau usaha ini pernah dibuat dulu dan dia (Ahmad Zahid) memohon maaf, tak apa. Tapi usaha ini masih diteruskan lagi sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagaimanapun, jelas Shahidan lagi, daripada 12 individu yang menyokong Anwar, tujuh orang daripadanya telah menarik balik sokongan tersebut.

“Hanya berbaki lima orang sahaja lagi yang masih menyokong, tetapi saya jangkakan seorang lagi ahli Parlimen akan menarik sokongan terhadap Anwar dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Tegas Shahidan, tindakan Ahmad Zahid itu jelas melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

“Lembaga Disiplin perlu ambil tindakan kepada mereka. Saya bukan melepaskan geram sebab dibuang daripada jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri, tapi perkara ini tidak boleh didiamkan.

“Saya orang kuat UMNO yang menjaga kerahsiaan parti, tapi kalau nak buat gesaan seperti dalam mesyuarat Biro Politik, yang sepatutnya Presiden UMNO boleh berbincang dengan Presiden Bersatu, tetapi kenapa Ahmad Zahid ambil langkah yang sebaliknya?” soalnya lagi. – UTUSAN ONLINE



Demikianlah Artikel Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar

Sekianlah artikel Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahidan Sahkan Zahid Masih Heret UMNO Sokong Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/shahidan-sahkan-zahid-masih-heret-umno.html

Subscribe to receive free email updates: