Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?

Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?
link : Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?

Baca juga


Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?

Pada tahun 2018 Nazri menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana semata-mata untuk menyelamatkan UMNO daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri.. maknanya tak ikhlas langsung sokongan dia itu..

Ada udang disebalik batu disebalik sokongannya itu.. menipu menyokong Anwar semata-mata mahu UMNO selamat..

Kemudiannya pada tahun ini pula Nazri mendakwa dirinya telah ditipu oleh Zahid Hamidi supaya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Elok sangat dah tu.. Nazri tipu Anwar.. Zahid tipu Nazri.. Penipu kena tipu juga akhirnya..

Kah.. Kah.. Kah..

Laporan berkaitan..

Pemimpin veteran Umno, Mohamed Nazri Aziz mendedahkan, tindakannya menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Januari disebabkan “ditipu” oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, tindakannya yang disusuli selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakob menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN merupakan perancangan yang dilakukan Zahid.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya.

“Benda ini dirancang oleh presiden. Dalam kalangan kumpulan ahli Parlimen ketika itu presiden membuat keputusan kita tarik diri satu demi satu.”

Pada Januari, Nazri yang juga bekas menteri Kabinet sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah mengumumkan menarik kembali sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Keputusannya itu diumumkan beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat keselamatan bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Atas mandat yang diberikan bahagian saya dan Majlis Tertinggi Umno, maka saya pada hari ini hendak mengumumkan saya Mohamed Nazri Aziz, ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli Parlimen BN dengan rasminya menarik sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin.”

Nazri berkata, kini beliau berpendirian untuk mematuhi keputusan yang dibuat Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.

Nazri berkata, pada 2018 beliau menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim semata-mata untuk menyelamatkan Umno daripada diharamkan sekiranya presiden PKR itu menjadi perdana menteri.

“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.

“Perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno, jadi saya fikir saya perlu buat sesuatu untuk selamatkan Umno,” katanya.

Bagaimanapun, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020, segalanya berubah terutamanya apabila Umno kembali menyertai kerajaan.

“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan, jadi saya tidak perlukan lagi Anwar.”

Nazri mengulangi pengakuannya, menjadi penggerak dalam mengumpulkan tandatangan akuan berkanun (SD) bagi 25 daripada 41 ahli Parlimen Umno supaya Menteri Luar Hishammuddin Hussein dapat menyampaikan hasrat parti itu kepada Agong.

“Saya ambil inisiatif itu kerana saya tahu Zahid and team apabila Agong panggil nak jumpa ketua parti dia akan cakap benda yang tidak dipersetujui oleh kita.

“Saya tahu perangai dia,” katanya ~ MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri?

Sekianlah artikel Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Tipu Anwar.. Zahid Tipu Nazri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/nazri-tipu-anwar-zahid-tipu-nazri.html

Subscribe to receive free email updates: