Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PMlink :
Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM
Baca juga
Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM
“Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada Agong untuk mengatakan kami ahli-ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan surat sokongan ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Mohamed Nazri berkata, Ahmad Zahid dikatakan berbuat demikian ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan beliau bersama 24 ahli Parlimen UMNO lain membuat surat sokongan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar Menteri Luar itu diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Agong.
“Kami diberitahu Presiden UMNO ingin serah kepada Agong untuk mengatakan kami ahli-ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri, sedangkan kami tidak pernah bersetuju dan tidak pernah langsung menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu.
“Hal ini kerana kami senada dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa No Anwar, No DAP dan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.
Sebelum ini, Mohamed Nazri mendakwa 25 ahli Parlimen UMNO termasuk dirinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.
Beliau meminta Majlis Tertinggi UMNO segera mengadakan pemilihan parti berikutan kepimpinan Ahmad Zahid yang lemah, ditambah pula dengan tindakan 25 ahli Parlimen parti memberi kepercayaan kepada Hishammuddin.
Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tidak boleh membuang ahli Parlimennya yang setia dengan perjuangan dan prinsip parti untuk tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Mohamed Nazri berkata, sebarang tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana ahli UMNO bertanding dalam pemilihan parti dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tidak wajar.
“Macam mana nak buang kita, ahli-ahli Parlimen yang berdiri teguh dan tegas tak menyokong Anwar? Apa alasan nak buang kita sebab kita pegang kepada keputusan parti? Kita akur dengan keputusan Perhimpunan Agung 2020,” katanya. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM
Sekianlah artikel Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nazri Dedah Zahid Hamidi Kemuka Surat Sokong Anwar Sebagai PM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/nazri-dedah-zahid-hamidi-kemuka-surat.html