Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?

Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?
link : Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?

Baca juga


Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?

Kalau dibaca kenyataan media Presiden UMNO yang mendesak agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari.. nampak hebat sekali penegasannya dan kalau kita tidak memahami keadaan kita diperbodohkan dengan mudah oleh Zahid.

Sebenarnya kenyataan Zahid itu umpama menepuk air di dulang kerana "KERAJAAN" yang dimaksudkan oleh Zahid itu didalamnya terdapat Ahli-ahli Parlimen dari UMNO sendiri yang membentuk Kerajaan yang Zahid Maksudkan itu.

Memang agak janggal apabila desakan tersebut menyebut “KERAJAAN” bilamana “KERAJAAN” yang dimaksudkan adalah KERAJAAN dengan sokongan 39 ahli parlimen UMNO bersama 14 berjawatan Menteri didalam kabinet KERAJAAN.

UMNO dilihat berusaha untuk tidak digambarkan sebagai sebahagian dari label #KerajaanGagal atau #kerajaanderhaka . 

Kenyataan Zahid itu boleh dilihat sebagai salah satu strategi politik untuk keluar dari label tersebut dengan memberikan tekanan kepada Muhyiddin.

Namun penegasan 14 hari tanpa syarat ini dilihat longgar dan pastinya Muhyiddin Yassin tidak akan mengikut desakan UMNO.

Muhyiddin akan memperlihatkan UMNO tidak mampu menekannya hanya mampu mengertaknya sahaja.. bak kata orang Penang 'GEMPAR' saja lebih.

Dan bagaimana mungkin Parlimen dipanggil bersidang dalam masa 14 hari dari tarikh Kenyataan Media Zahid itu sedangkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan tempoh notis dikeluarkan adalah selama 28 hari sebelum sidang Parlimen dipanggil?

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Tindakan UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk diadakan sidang Parlimen adalah satu keputusan tidak relevan dan dilihat mementingkan diri sendiri sekali gus merugikan parti itu.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri berkata, sebagaimana diketahui, peraturan Dewan Rakyat menetapkan tempoh notis dikeluarkan adalah selama 28 hari sebelum sidang Parlimen dipanggil.

Beliau berkata, sekiranya UMNO ‘gentleman’, parti itu perlu mengemukakan apakah tindakan seterusnya dan jangkaan yang berlaku jika tuntutan sidang Parlimen dalam tempoh itu tidak dipenuhi kerajaan.

“Adakah UMNO mahu keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau adakah UMNO mahu berada dalam pembangkang untuk cuba menaikkan seseorang menjadi Perdana Menteri, itu pun kita tidak pasti.

“Menuntut sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari adalah pelik dan tidak relevan ketika negara berdepan pandemik Covid-19 dan sudah pasti apa saja tindakan UMNO ketika ini yang menongkah arus memberikan kerugian kepada rakyat dan UMNO sendiri,” katanya di sini semalam.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi UMNO mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari susulan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu supaya sidang berkenaan diadakan secepat mungkin.

Kata Ahmad Zahid, sebagai sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Achmad Dzariean berkata, seandainya UMNO bertindak keluar daripada PN dalam tempoh 14 hari ini, maka kerajaan yang ada sudah pun tidak ada majoriti dan akan menyebabkan Parlimen terbubar seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama katanya, kenyataan UMNO itu tidak disokong parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC sekali gus menampakkan UMNO bersendirian dalam hal itu.

“Kita tahu UMNO merupakan parti dominan dalam BN, malangnya apabila tak dapat sokongan maka boleh dikatakan UMNO bersendirian dalam hal ini.

“Apa sahaja tindakan UMNO selepas ini jika mereka keluar Kerajaan PN maka ia merupakan tindakan merugikan kerana melihat majoriti menteri yang bekerja dalam pandemik ini semuanya UMNO dan mereka dilihat begitu komited menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Achmad Dzariean berkata, tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh UMNO perlu dipertimbangkan Perdana Menteri kerana ketiadaan jawatan itu sesuatu yang agak pelik memandangkan UMNO mempunyai ahli Parlimen terbanyak.

Katanya, masalah keutamaan hierarki untuk mengisi jawatan itu boleh diberikan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan melantik beliau sebagai Senator memandangkan Presiden sedang berdepan kes di mahkamah. – UTUSAN ONLINE


Kesimpulan dari kenyataan Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Achmad Dzariean Mohd. Nadzri itu ialah:-

1- 28 hari diperlukan untuk memanggil sidang Parlimen.
2- UMNO tak 'gentleman' sebab tak tahu lagi apa nak buat selepas 14 hari berlalu.
3- Zahid tak diperlukan dalam Kabinet kerana sedang berdepan dengan kes Mahkamah.

Tapi.. aku nampak macam Zahid tepuk kepala kawan-kawannya yang ada dalam Kabinet itu malangnya tak diendahkan pun...


Demikianlah Artikel Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri?

Sekianlah artikel Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Notis 14 Hari: Zahid Atau UMNO Yang Pentingkan Diri Sendiri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/notis-14-hari-zahid-atau-umno-yang.html

Subscribe to receive free email updates: