PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?

PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?
link : PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?

Baca juga


PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada akhir tahun ini iaitu selepas Belanjawan 2022 dibentangkan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian yang mendedahkan perkara itu berkata, gambaran berkenaan diberikan Muhyiddin ketika mesyuarat Bersatu Johor yang berlangsung secara maya pada 16 Jun lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PRU15 dapat dilaksanakan seandainya Belanjawan 2022 di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri selesai dilakukan.

"Jika Belanjawan 2022 sudah lulus dan diumumkan di peringkat Persekutuan, kena tengok juga negeri-negeri. Kalau belum umum, kena tunggu negeri-negeri dahulu.

"Kemungkinan besar PRU15 akan diadakan pada akhir tahun ini sama ada November atau Disember. Lagipun tiada yang mustahil kerana ada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dilakukan selepas Belanjawan diumumkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya musim hujan berlaku di kebanyakan negeri terutama di pantai timur disebabkan monsun timur laut pada ketika itu, tidak mustahil PRU15 akan ditunda sehingga awal tahun hadapan.

"PRU15 akan diadakan sekiranya kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan sebagaimana disasarkan kerajaan, selain berjaya membentuk imuniti kelompok 60 hingga 80 peratus penduduk yang telah divaksin di negara ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, menerusi mesyuarat Bersatu Johor yang dipengerusikan Muhyiddin selaku Presiden parti, pelbagai isu lain turut disentuh termasuk bantuan kepada rakyat dan langkah menangani penularan Covid-19.

Selain itu, katanya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk melakukan persediaan menyediakan bahan-bahan pilihan raya untuk diedarkan ke bahagian-bahagian.

"Parti sudah bersedia pada bila-bila masa untuk hadapi PRU. Persediaan itu bermaksud kita memperkukuhkan lagi gerak kerja dan memperbaiki kelemahan.

"Persediaan daripada bilik gerakan sehingga latihan-latihan asas di mana sebahagian ketua- ketua bahagian masih baharu perlu diberikan seminar," katanya lapor Sinar



Mengulas mengenai masa sesuai melaksanakan PRU-15 selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi bayangan ia mungkin diadakan menjelang hujung tahun ini..

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya boleh diadakan jika kelompok terbukti dicapai dan pandemik COVID-19 berada dalam keadaan terkawal.

Pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata bukti berkenaan perlu berdasarkan kajian teliti dan data lengkap berikutan pelbagai jenis varian COVID-19 yang wujud di Malaysia ketika ini.

"Imuniti kelompok bukan hanya bermaksud liputan vaksinasi mencapai 80 peratus penduduk negara ini.

"Sebaliknya, ia dicapai apabila penularan jangkitan berkurangan dengan ketara dalam kalangan masyarakat disebabkan vaksinasi," katanya.

Awang Bulgiba berkata, Malaysia mungkin boleh mengawal pandemik COVID-19 jika berjaya dalam program vaksinasi dan pada masa sama, berhati-hati membuka kembali ekonomi serta sempadan negara.

"Bagi saya jika tidak ada keperluan mendesak, kita tidak patut terburu-buru mengadakan PRU kerana pandemik ini tidak akan betul-betul reda selagi negara lain belum dapat mengawal COVID-19 di tempat mereka," katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aidalina Mahmud, turut berpendapat PRU-15 hanya boleh diadakan jika negara mencapai imuniti kelompok.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira aspek kawalan wabak, terutama dengan adanya pelbagai varian COVID-19 yang cepat merebak.

"Pengurusan krisis COVID-19 memerlukan asas politik dan pengurusan yang stabil.

"Ada kemungkinan jika PRU diadakan, dasar akan bertukar dan menteri yang kini bertanggungjawab dalam portfolio berkaitan pengurusan COVID-19 turut berubah.

"Ini merugikan kerana pasukan sedia ada sudah membuat yang terbaik.

"Jika pasukan baharu mengambil alih dan perlu belajar mengenai perincian pengurusan pandemik, ia akan membazir masa dan melambatkan usaha mengeluarkan negara daripada belenggu pandemik," katanya lapor BH


Demikianlah Artikel PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini?

Sekianlah artikel PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15 Dijangka Hujung Tahun Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/pru-15-dijangka-hujung-tahun-ini.html

Subscribe to receive free email updates: