18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?

18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?
link : 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?

Baca juga


18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka melahirkan 60 peratus atau 3,600 siswazah perubatan bumiputera setiap tahun namun tidak semua berpeluang untuk dilantik ke dalam perkhidmatan sebagai pegawai perubatan.

Hanya 50 peratus bersamaan 1,800 siswazah daripada jumlah tersebut diserap ke dalam perkhidmatan berdasarkan perjawatan sedia ada selepas masing-masing menamatkan kontrak manakala selebihnya dijangka menganggur.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, negara dijangka merekodkan 18,000 graduan perubatan bumiputera tidak mendapat pekerjaan kerana kerajaan hanya mampu menyerap separuh daripada mereka selain berdasarkan siapa lebih layak dilantik ke dalam perkhidmatan tetap.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) , Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, dalam 50 peratus lagi, ada dalam kalangan siswazah perubatan sedang menunggu untuk menjalani latihan amali perubatan dua tahun dan disambung kontrak tiga tahun.

Pun begitu, menurut beliau, tiada jaminan untuk siswazah perubatan diserap ke jawatan tetap atau bekerja dalam sektor perkhidmatan awam selain sektor swasta tidak dapat menerima kemasukan mereka ekoran tidak memenuhi syarat kelayakan dan kurang pengalaman.

“Masa depan graduan tidak menentu berikutan kerajaan hanya memperkenalkan sistem kontrak sejak 2016 sebagai doktor pelatih dan penyerapan mereka hanya separuh daripada keseluruhan siswazah yang ada.

“Walaupun bertugas secara kontrak, mereka dibebani tugas dengan tangga gaji kecil dan waktu kerja lama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Untuk rekod, anggaran gaji sebagai doktor tetap RM5,000 dengan pendapatan bersih sebanyak RM4,500 merangkumi gaji pokok berjumlah RM2947.00, imbuhan tetap perumahan (RM300.00), Bantuan Sara Hidup (RM300.00), elaun perkhidmatan awam (RM300.00), elaun kritikal RM750.00, elaun waktu bekerja fleksi (RM600.00) dan KWSP serta SOCSO (-RM692.40).

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, lambakan graduan perubatan khususnya siswazah bumiputera semakin meresahkan apabila Cawangan Pengurusan Kewangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kira soal kos sebelum bersedia mengambil lantikan baharu.

“Apabila kerajaan mengambil kira soal perbelanjaan untuk membayar gaji mereka, mungkin kerajaan berkira-berkira sama ada perlu atau tidak menyerap mereka ke dalam perkhidmatan tetap. Jadi, graduan ini yang menjadi mangsa keadaan walhal mereka membelanjakan masa lama untuk mencapai impian.

“Akhirnya, perancangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah doktor pakar dan doktor junior pada masa depan tidak mendapat tempat, peluang terjejas dan tahap perkhidmatan kita juga tidak akan setaraf dengan negara lain seperti Singapura,” katanya.- UTUSAN

.... Silapnya dimana?.. mungkinkah kerana dasar sedia ada yang digunapakai dan diteruskan oleh Kerajaan yang lebih mengutamakan peluang untuk melanjutkan pengajian diperbanyakkan tanpa mengambil kira peluang pekerjaan yang ada untuk graduan-graduan tersebut?

Bolehtak kalau Kerajaan mengetatkan lagi kriteria untuk pengambilan pelajar bagi jurusan perubatan ini bagi mengurangkan lambakan Graduan Perubatan itu?

Ketatkan kriteria pengambilan Pelajar untuk Jurusan Perubatan dan dalam masa yang sama tingkatkan pengambilan pelajar bagi bidang-bidang lain yang punya kemahiran supaya bila mereka tamat belajar mereka mampu mencipta peluang kerja selain dari mencari peluang kerja..



Demikianlah Artikel 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja?

Sekianlah artikel 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 18,000 Graduan Perubatan Tidak Ada Peluang Kerja? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/18000-graduan-perubatan-tidak-ada.html

Subscribe to receive free email updates: