Prof. Muhaya Dikecam Lagi....

Prof. Muhaya Dikecam Lagi.... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prof. Muhaya Dikecam Lagi...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prof. Muhaya Dikecam Lagi....
link : Prof. Muhaya Dikecam Lagi....

Baca juga


Prof. Muhaya Dikecam Lagi....

 


Pakar Motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila sebuah lagi videonya tular dalam media sosial kerana beliau seolah-olah merendah-rendahkan martabat wanita bekerjaya.

Muhaya dalam video tu mempersoalkan sumbangan wanita berpendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bonda nak tanya sekarang ini, orang yang ada akademik tinggi-tinggi dapat apa semasa PKP ini? Bagi tahu saya.

“Apa manfaat yang hendak diberi? Jangan nak bajet bagus kata ‘saya pandai’ atau ‘saya ada kelulusan Doktor Falsafah (PHD). Apa manfaatnya kepada orang?” soalnya dalam video tersebut.

Muhaya terus dikecam oleh netizen kerana ramai yang mempersoalkan gelaran profesor dan doktor yang dimilikinya selain beliau juga merupakan seorang pakar mata.

“Tapi dia profesor. Maka, membazir sajalah dia dapat gelaran profesor itu,” kata salah seorang netizen. Manakala, ramai juga yang berkata mereka menjadi bekerjaya untuk membantu keluarga sendiri tanpa menyusahkan suami dan orang lain.

“Wanita yang bekerjaya sanggup tinggal anak bukan untuk mengejar impian dia sahaja. Awak lupa ke wanita ini juga mempunyai mak, ayah dan adik-beradik sendiri. Siapa yang nak bantu mereka kalau mereka perlukan duit? Nak harap duit suami?” soal salah seorang netizen.

Terdahulu, ramai juga yang menyokong kenyataan Muhaya yang berkata wanita perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mencari jodoh. Kali ini, seorang netizen yang memuat naik video itu di laman Twitter berkata dirinya menjadi lebih keliru dengan kenyataan beliau dalam keseluruhan video.

“Ramai kata kebanyakan daripada kita salah faham ayat buat bodoh-bodoh Prof Muhaya, maka, disuruh tonton video penuh. Okay, tapi setelah tonton video penuh, lagi berkerut dahi dan tergaru kepada pula sebenarnya. Bukan pasal bodoh-bodoh tu pun. Entahlah,” katanya dalam ciapan tersebut.

Kenyataan Muhaya sekali lagi menimbulkan perdebatan netizen sejak beberapa hari lalu.



Demikianlah Artikel Prof. Muhaya Dikecam Lagi....

Sekianlah artikel Prof. Muhaya Dikecam Lagi.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prof. Muhaya Dikecam Lagi.... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/prof-muhaya-dikecam-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: