Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?

Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?
link : Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?

Baca juga


Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?


DR Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan sebuah pentadbiran seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara sekarang susulan penularan Covid-19. 

Beliau menggariskan empat masalah yang dihadapi oleh negara sekarang iaitu krisis kesihatan, ekonomi, politik, dan sosial, kesan pandemik yang sudah menjangkiti lebih 630,000 orang di Malaysia.

Bentuk pentadbiran itu sama seperti yang pernah dibuat selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, yang kemudian menyusun beberapa dasar utama untuk menstabilkan keadaan dan membangunkan Malaysia pada masa itu , katanya.

Menurut bekas perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah cadangan seperti itu mesti dikemukakan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin.

“Tetapi saya tidak yakin kerajaan sekarang akan tubuh Mageran kerana awal-awal lagi mereka sudah kata tidak perlu Mageran, kerajaan jalan dengan baik, semua masalah sudah diselesaikan dan pelaburan pun banyak.

“Hakikatnya rakyat menolak dan tidak ada kepercayaan pada kerajaan.

“Rakyat nampak berkehendak sebuah kerajaan, satu kuasa baharu ditubuhkan,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di Putrajaya, petang ini.

Jelas Dr Mahathir, isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit dalam perbincangan beliau dengan Al-Sultan Abdullah.

Ditanya siapa yang patut mengetuai pentadbiran seperti Mageran sekiranya cadangan itu terlaksana, Dr Mahathir berkata beliau menawarkan dirinya tetapi tidak fikir kerajaan Muhyiddin akan bersetuju.

Sidang media dalam talian itu diadakan selepas beliau mengadap Al-Sultan Abdullah, selama lebih kurang 45 minit di Istana Negara.

Dr Mahathir tiba di Istana Negara lebih kurang pukul 2 petang dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Semalam, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Dr Marzuki Mohammad dalam satu rakaman video berkata pentadbiran ala Mageran tidak perlu untuk menangani darurat kesihatan yang sedang berjalan sekarang.

Rakaman video itu dimuat naik di akaun Facebook peribadinya malam tadi.

Mengenai pandangan Marzuki, Dr Mahathir berkata itu hanya pandangan pegawai kanan Muhyiddin sedangkan hakikatnya keadaan kesihatan, ekonomi, politik dan sosial negara tidaklah baik seperti yang digambarkan.

Menurut Dr Mahathir, idea pembentukan sebuah pentadbiran ala Mageran itu dibincangkan bersama dalam Pejuang sebelum dibawa ke majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ahli ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid, yang juga bekas penasihat ekonomi kepada Dr Mahathir, dalam satu rencana di Sinar Harian pada 30 Mei juga mengupas idea sama tentang pembentukan sebuah pentadbiran kecil ala Mageran.

Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, pentadbiran Tunku Abdul Rahman membentuk Mageran yang dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri pada masa itu Abdul Razak Hussein.

Majlis itu mempunyai dua jawatankuasa yang menangani isu ekonomi dan perpaduan kaum, yang dianggotai pakar dari pelbagai latar belakang, aliran dan fahaman politik.

Jawatankuasa itu kemudian mencetuskan penggubalan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk menangani ketidaksamaan ekonomi dan merapatkan jurang antara kaum, serta Rukunegara yang menjadi dokumen ideologi kenegaraan Malaysia.

Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga yang diterima mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini – selepas Wee Ka Siong (MCA) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) – selepas baginda memulakan pertemuan dengan ketua-ketua parti politik sejak semalam.

Esok, giliran pemimpin Umno dan seterusnya empat ketua parti dalam Gabungan Parti Sarawak pada 14 Jun ini.

Semalam, Istana Negara memaklumkan satu persidangan khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun lapor TMI



... Apa yang perlu kita tahu ialah jika Mageran mengambil alih pentadbiran negara dan mengikut model seperti pada 1969, sejumlah 70 menteri dan timbalan menteri yang ada pada masa ini mungkin dikurangkan kepada hanya sepuluh.

Kuasa akan lebih bertumpu kepadanya, melebihi apa yang dimiliki kerajaan darurat pada masa ini, dan bertentangan dengan gesaan pembangkang agar demokrasi dikembalikan. 

Walaupun tidak mustahil untuk tetap mengadakan sidang Parlimen, berbeza dengan ketika 1969 dan sekarang.

Satu lagi ironi adalah kerajaan PN yang sudah beberapa bulan menghalang sidang Parlimen di saat majoriti sokongan yang dipersoalkan, kini bercakap tentang demokrasi yang lebih rancak.

Apa yang dibincangkan di dalam Istana Negara semalam tidak akan diketahui umum kecuali pemimpin yang terlibat mendedahkannya....

Dan jika Tun dilantik sebagai Pengerusi maka seluruh kuasa akan berpusat kepadanya..

Hangpa mau ka?



Demikianlah Artikel Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka?

Sekianlah artikel Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Cadangkan MAGERAN, Tawar Diri Jadi Ketua.. Hangpa Mau Ka? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/tun-cadangkan-mageran-tawar-diri-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: