Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?

Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?
link : Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?

Baca juga


Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?

Beberapa penganalisis berkata Presiden PKR Anwar Ibrahim masih tidak mempunyai cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri walaupun Parlimen dan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Muhyiddin Yassin susulan beredarnya spekulasi perubahan kerajaan selepas pemimpin utama parti-parti politik diberi perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, keadaan Pakatan Harapan (PH) yang berpecah belah tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan baru, walaupun jika mereka bekerjasama dengan Umno yang “juga berpecah-belah”.

“Jika Parlimen dibuka sekalipun adalah diyakini bahawa PH tidak akan mempunyai cukup nombor untuk menumbangkan kerajaan kerana untuk menumbangkan kerajaan memerlukan pengganti yang berwibawa dan mendapat sokongan ramai,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Dalam keadaan sesama PH sendiri berpecah-belah, sesama parti pembangkang lain pun berpecah-belah, dan Umno juga berpecah-belah, maka adalah tidak mungkin untuk cukup nombor berlaku.”

Dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook hujung minggu lalu, Anwar berkata PKR haruslah bersikap terbuka untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik.

“Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.

“Malah sekarang ini pun, selain PH, kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang, tapi janganlah cuba bolot kuasa, nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender.

“Hal sedemikian tak boleh dipersetujui.

“Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam Perikatan Nasional (PN)).”

Kenyataan Anwar itu mengulangi pendiriannya untuk bekerjasama dengan pemimpin kluster mahkamah Umno, seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak yang terpalit rasuah.

Zahid kini berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sementara Najib sudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes SRC International.

Kamarul Zaman juga berkata kenyataan Anwar itu menggambarkan presiden PKR itu melebihkan kuasa daripada prinsip perjuangan.

“Bila Anwar selaku pengerusi PH menyebut sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, ia merupakan pengakuan bahawa PH kini sudah tidak kuat untuk berdiri sendiri.

“Oleh itu tidak hairanlah jika Anwar dan PKR kini bersikap begitu, iaitu mengalu-alukan kerjasama dengan sesiapa juga asal sahaja ia akan membawa ke puncak kuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kerjasama antara Umno bersama PH dan Anwar hanya akan mengundang krisis politik yang berpanjangan.

“Tidak mudah untuk Zahid Hamidi membawa jumlah ahli Parlimen Umno secara pukal.

“Akan ada kumpulan yang menentang untuk membawa Umno bersama PH dan Anwar,” katanya kepada MalaysiaNow.

Hisommudin juga menyoal jika kerjasama antara PH-Umno akan dapat menjamin kestabilan politik negara.

“Persoalannya, adakah angka dari Umno mencukupi dan menjamin kestabilan politik selepas gerakan ini berlaku?

“Apakah Muhyiddin dan parti di dalam Perikatan Nasional (PN) akan berdiam diri sahaja?

“Apapun, situasi dan suhu politik negara akan meningkat jika Parlimen bersidang,” katanya ~ MalaysiaNow



Demikianlah Artikel Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM?

Sekianlah artikel Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parlimen Kembali Bersidangpun Anwar Masih Tak Boleh Jadi PM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/parlimen-kembali-bersidangpun-anwar.html

Subscribe to receive free email updates: