Judul : Muhyiddin, Shafie berubah tempat
link : Muhyiddin, Shafie berubah tempat
Muhyiddin, Shafie berubah tempat
SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perubahan kedudukan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin berpindah ke blok pembangkang H2 dan duduk bersebelahan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna pula berpindah ke blok pembangkang G4 dan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari Pas.
Sebelum ini, Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk di Blok E.
Kedudukan mereka berubah setelah Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana melanggar disiplin parti sebelum beliau menyandang jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lepas sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, keputusan untuk menentukan kedudukan di dalam Dewan Rakyat adalah mengikut pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (3) kerusi-kerusi akan ditentukan mengikut timbangan Tuan Yang Dipertua dan keputusannya adalah muktamad," katanya. - Bernama
Demikianlah Artikel Muhyiddin, Shafie berubah tempat
Sekianlah artikel Muhyiddin, Shafie berubah tempat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin, Shafie berubah tempat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/muhyiddin-shafie-berubah-tempat.html