Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?

Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?
link : Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?

Baca juga


Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?

Belum sempat reda pertikaman lidah antara Amanah Bukit Bintang dan aktivis PKR Sarawak berhubung kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH), kini pertelagahan antara kedua-dua parti itu mula merebak ke Pulau Pinang.

Ia adalah susulan Ketua Pemuda Amanah Tanjong Faruk Abdul Rahman yang berkongsi pandangan dengan Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri Talib yang sebelum ini mendesak kepimpinan parti menukar ketua pembangkang yang baru dan mewujudkan PH Plus.

Dalam sebuah kenyataan, beberapa pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang menyatakan dukacita dengan kenyataan Faruk yang disifatkan tidak sihat dan tidak menguntungkan.

“Kenyataan yang dimuatnaik melalui akaun Facebook beliau pada 21 Ogos 2021 amat mendukacitakan.

“Beliau seolah-olah lupa bagaimana PH yang mendapat mandat rakyat diruntuhkan melalui pengkianatan dan sikap penting diri perdana menteri ketika itu yang meletakkan jawatan tanpa berbincang dengan ketua-ketua parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh ketua pemuda PKR, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan pengerusi biro pendidikan pusat.

Faruk, dalam satu hantaran Facebook menggesa pimpinan PH bermesyuarat untuk memilih ketua PH dan ketua pembangkang yang baru.

Beliau turut mencadangkan Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua pembangkang baru bagi PH kerana beliau dianggap sebagai calon paling layak.

“Seharusnya kita mengangkat tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman luas dalam politik negara dalam masa yang sama bukan untuk menidakkan usaha serta kesungguhan Anwar Ibrahim yang bermati-matian memperjuangkan mandat rakyat yang diketahui umum.

“Namun beliau belum masih berjaya mendapat sokongan yang cukup,” katanya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini, kumpulan pemuda PKR membidas Faruk dengan mempersoalkan kejujuran Mahathir dalam memimpin PH

“Jika calon yang dicadang oleh beliau untuk menerajui Pakatan Harapan itu benar-benar serius untuk menerajui kepimpinan Pakatan Harapan tidak mungkin individu tersebut mengambil keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu,” kata mereka merujuk tindakan Mahathir yang meletakkan jawatan ketika krisis kepimpinan PH memuncak tahun lepas yang turut mencetuskan Langkah Sheraton.

Tindakan Mahathir tersebut menyebabkan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan pentadbiran baru kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pemuda PKR tersebut turut menasihatkan supaya Faruk bermuhasabah diri dan mengesa kerjasama antara parti terus digandakan selain pandangan mana-mana parti komponen PH untuk bergerak bersendirian adalah tidak boleh diterima.

“Kemenangan serta kekuatan Pakatan Harapan terletak kepada semua parti komponennya.

“Adalah tidak adil jika beliau melihat kegagalan Anwar Ibrahim dalam usaha mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen sebagai sebuah kegagalan yang memerlukan pengerusi Pakatan Harapan ditukar.

“Lupakah beliau kepada jasa dan pengorbanan Anwar dalam usaha memantapkan gabungan pembangkang?”

Bagaimanapun..




Kesimpulannya ialah.. keempat-empat Ketua AMK Cabang yang mengeluarkan kenyataan dilaman Facebook itu tidak tahu akan wujudnya kenyataan media oleh Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang itu..

Jadi merekapun serbulah.. 

Nak tunjuk hero lah tu..


Demikianlah Artikel Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika?

Sekianlah artikel Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah Dan PKR Pulau Pinang Berperang Kerana Anwar.. Betoika? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/amanah-dan-pkr-pulau-pinang-berperang.html

Subscribe to receive free email updates: