Judul : Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
link : Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali (lahir 25 Ogos 1964) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari parti BERSATU.
Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya menggulung ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987.
Selanjutnya beliau menyambung sarjana dalam pendidikan (matematik dan ekonomi) di universiti yang sama.
Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1987, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang pada masa itu ialah Menteri Pendidikan.
Azmin kemudian dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan sehinggalah pada masa Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga pemecatan beliau dari parti pada 2020.
Di peringkat negeri Selangor, beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan PKR Selangor.
Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.
Itu serba sedikit tentang Azmin Ali yang dikatakan layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.
Dia kata laa.. bukan aku kata..
Laporan berkaitan..
PEMILIHAN pemimpin dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah terbaik untuk menjamin keharmonian dalam kerajaan.
Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, tiga nama daripada Bersatu yang dilihat layak dan berpotensi mengisi posisi itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Menurutnya, kelayakan itu berdasarkan pengalaman politik dan kekananan dalam parti serta prestasi dalam kerajaan.
“Walaupun jawatan itu tiada dalam perlembagaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik salah seorang pemimpin kanan daripada Bersatu bagi menjamin keharmonian dalam perikatan itu.
“Saya berpandangan, salah seorang daripada mereka tetapi bergantung kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
“Sebelum ini, jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Bersatu.
“Walaupun dalam tempoh singkat, UMNO kemudian menjadi timbalan.
“Itu adalah masa untuk UMNO membalas jasa dengan menyeimbangkan kedua-dua jawatan ini. Ia dapat menjamin keharmonian dalam perikatan berkenaan, selain memudahkan Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Jeniri berkata lagi, memang wajar dan menjadi hak Bersatu untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa justifikasi, antaranya Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO.
Selain itu katanya, Bersatu merupakan parti kedua terbesar dalam blok kerajaan menjadikan ia paling berhak menuntut jawatan berkenaan.
Apa pun katanya, Timbalan Perdana Menteri yang dilantik perlu mudah untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, selain dapat menguatkan lagi kedudukan kerajaan dalam usaha melaksanakan tugas harian dan dasar yang diputuskan.
“Gandingan di antara PM dan TPM amat penting kerana mereka perlu serasi dan saling membantu dalam urusan dan keputusan besar.
“Hak melantik TPM di tangan Perdana Menteri. Dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tiada TPM dan dalam perlembagaan juga tiada, hanya lantikan politik.
“Disebabkan konvensi atau amalan sejak zaman dahulu lagi, boleh untuk kita meneruskan kesinambungan dan kepimpinan dalam kerajaan,” katanya.
Katanya, Ismail Sabri juga harus mempertimbangkan cadangan mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memilih salah seorang dalam kalangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, dua nama yang harus dipertimbangkan ialah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
“Lagi baik kalau dapat wujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana kenapa tidak untuk ambil peranan dengan mengambil orang Borneo?
“Ia sesuai dengan aspirasi asal pejuang kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.
Laporan dipetik dari Sinar Premium
Demikianlah Artikel Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Sekianlah artikel Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Ali Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/azmin-ali-bakal-timbalan-perdana.html