Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain
link : Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

Baca juga


Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

Kata Kadir tanpa Muhyiddin dan gangguan kluster mahkamah, wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar melalui penyertaan parti-parti yang selama ini berkecuali seperti Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

“Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan, tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri.


“Anwar kena buktikan secara sahih yang dia mempunyai sokongan majoriti ahli dewan. (Ahli parlimen yang) tidak sokong Muhyiddin tidak bermakna menyokong Anwar,” katanya.

Pilihan yang terbaik kini, menurut A Kadir, ialah meredakan ketegangan politik sejak rampasan PN merampas kuasa daripada PH pada 17 bulan lalu dan mengembalikan kestabilan pemerintahan negara sehingga pilihan raya umum boleh diadakan.

“Kita akui sajalah yang dalam tempoh 17 bulan pemerintahannya, hatta dengan dibantu perisytiharan darurat dan belanja yang besar, kerajaan PN gagal menangani Covid-19 seperti yang dijanjikan dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara.

“Mana-mana pun kerajaan yang wujud selepas undi percaya terhadap Muhyiddin nanti tidak boleh dibenarkan memboros duit pembayar cukai ke atas bilangan menteri, timbalan menteri dan penasihat khas bertaraf menteri yang sangat ramai seperti sekarang,” katanya.

POLITIK TANPA MAHIADDIN DAN KLUSTER MAHKAMAH

1. Buang Mahiaddin Md Yasin daripada jawatan Perdana Menteri dan sekat kluster mahkamah Umno daripada campur tangan dalam pentadbiran negara boleh membuka jalan kepada penyusunan semula politik. Kita boleh kata, Mahiaddin tidak layak lagi jadi Perdana Menteri dan campur tangan kluster mahkamah dalam kerajaan berakhir apabila mereka menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional dan Mahiaddin.

2. Tanpa Mahiaddin dan gangguan kluster mahkamah, wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar dengan penyertaan parti-parti yang selama ini berkecuali seperti Warisan, Pejuang, Muda dan parti-parti anak negeri Sabah dan Sarawak.

3. Ahli-ahli Dewan Rakyat Umno yang kekal dengan PN mungkin dipecat tetapi mereka boleh kekal sebagai ahli terus (direct members) atau menyertai salah sebuah parti anggota. Setiausaha Agong Umno, Ahmad Maslan telah mula menghantar surat tunjuk sebab kepada ahli Parlimen parti itu yang masih menyokong PN dan Mahiaddin.

4. Yang pastinya menjadi cabaran adalah memilih calon bagi menggantikan Mahiaddin. Seelok-eloknya orang itu bukanlah daripada kalangan anggota kabinet Mahiaddin yang telah tercemar dan gagal.

5. Serentak itu, Pakatan Harapan (PH) wajib berusaha sekeras-kerasnya bagi membuktikan "once and for all" yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, adalah orang paling layak menjadi Perdana Menteri. Kalau masih tidak berjaya berhentilah daripada menyalahkan orang lain.

6. Seandainya Mahiaddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan, ia tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi Perdana Menteri. Dia kena buktikan secara sahih yang dia mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan. Tidak sokong Mahiaddin tidak bermakna sokong Anwar.

7. Sebaik-baik niat adalah meredakan ketegangan politik sejak rampasan kuasa PN 17 bulan lalu dan mengembalikan kestabilan pemerintahan negara sehingga pilihan raya umum dapat diadakan apabila kita cukup yakin bahawa wabak Covid-19 sudah terkawal.

8. Kita akui sajalah yang dalam tempoh 17 bulan pemerintahannya, hatta dengan dibantu oleh perisytiharan darurat dan belanja yang besar, kerajaan PN gagal menangani Covid-19 seperti yang dijanjikan dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara .

9. Mana-mana pun kerajaan yang wujud selepas undi percaya terhadap Mahiaddin nanti, tidak boleh dibenar memboroskan duit pembayar cukai ke atas bilangan menteri, timbalan menteri dan penasihat khas bertaraf menteri yang sangat ramai seperti sekarang.

10. Adalah jenayah menggunakan wang negara untuk membeli sokongan bagi mengekalkan sesebuah kerajaan atau bertolak ansur dengan ahli-ahli Dewan Rakyat yang sedang dibicarakan atas kes jenayah.

Sekian. Terima kasih.



Demikianlah Artikel Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain

Sekianlah artikel Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buktikan Anwar Layak Jadi PM Atau Berhenti Salahkan Pihak Lain dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/buktikan-anwar-layak-jadi-pm-atau.html

Subscribe to receive free email updates: