Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti

Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti
link : Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti

Baca juga


Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti

PETALING JAYA: Kalangan penganalisis bersetuju pengumuman Ismail Sabri Yaakob tengah hari tadi bahawa 31 daripada 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terus menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa Perdana Menteri tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pengumuman Ismail yang juga Naib Presiden Umno, menunjukkan kerajaan pimpinan Muhyiddin kini hanya disokong 104 Ahli Parlimen, dengan 11 Ahli Parlimen BN tidak lagi menyokong beliau, kata mereka. Selebihnya (105) adalah Ahli Parlimen pembangkang.


“Saya fikir Ismail mahu membantu beliau (Muhyiddin), tetapi dengan sidang media ini, beliau secara terbuka dan rasmi menunjukkan…Muhyiddin kehilangan majoriti di Parlimen,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak bermakna pembangkang secara automatik boleh menubuhkan kerajaan kerana baki 11 Ahli Parlimen BN belum menjelaskan siapakah calon Perdana Menteri mereka.

Oh juga berkata, secara teori, Agong boleh meminta Muhyiddin meletak jawatan jika yakin Ahli Parlimen Pagoh itu sudah kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

“Agong boleh menggunakan kuasa baginda di bawah Perlembagaan untuk meminta Muhyiddin membuktikan sokongan majoritinya dengan kadar segera ataupun memintanya meletak jawatan,” kata beliau.

Seorang lagi pemerhati politik, Wong Chin Huat berkata, Muhyiddin memerlukan sokongan tambahan 7 ahli Parlimen daripada pembangkang untuk memulihkan sokongan majoriti tipisnya.

Beliau berkata, kerajaan harus segera membuktikan majoritinya dan tidak membiarkan krisis sekarang berlanjutan.

Jeniri Amir dari Majlis Profesor Negara berkata, percubaan menunjukkan “kekuatan” di luar Parlimen adalah usaha sia-sia kerana apa yang penting ialah pendirian di Dewan Rakyat.

Beliau bersetuju jika boleh, sidang Parlimen diadakan segera, bukan September, untuk menentukan keabsahan Muhyiddin, namun akur pada masa ini usaha harus ditumpu kepada pengurusan krisis ekonomi dan kesihatan awam.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau tetap mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada sidang Parlimen awal bulan depan lapor FMT


Demikianlah Artikel Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti

Sekianlah artikel Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sidang Media Ismail Sabri Hanya Sahkan Muhyiddin Hilang Majoriti dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/sidang-media-ismail-sabri-hanya-sahkan.html

Subscribe to receive free email updates: