Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asinglink :
Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing
Baca juga
Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing
PETALING JAYA: Kerajaan diminta berusaha lebih keras bagi mengembalikan kestabilan politik negara, sekali gus member impak yang lebih positif terhadap ekonomi.
Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ketidakstabilan politik negara telah memburukkan lagi impak terhadap prestasi Bursa Malaysia yang sudah dihambat sentimen negatif serantau, ketidaktentuan pasaran dan perkembangan varian baharu Covid-19.
Kata beliau, ketika ini pelabur bimbang dengan kegiatan ekonomi dan mereka memerlukan petanda jelas mengenai kekangan atau kelonggaran yang bakal dikenakan dalam negara ini sementara ketidakstabilan politik menggusarkan pelabur, menyebabkan mereka melambakkan jualan ekuiti tempatan.
“Kerajaan ketika ini telah melaksanakan program vaksinasi dengan cemerlang walaupun bermula dengan agak perlahan.
“Namun lebih daripada itu, kerajaan harus berusaha dengan lebih keras untuk mengembalikan kestabilan politik dan menunjukkan kepada pelabur luar bahawa kita bersatu padu dalam mengatasi masalah ini,” katanya.
Indeks FBM KLCI jatuh ke bawah paras 1,500 mata Jumaat lalu apabila ditutup pada 1,494.60 mata berbanding 1,512.93 mata hari sebelumnya.
Kali terakhir indeks Bursa Malaysia mencatatkan mata bawah 1,500 adalah pada 4 November lalu iaitu sekitar 1,464.61 mata.
Semalam, FBM KLCI terus ditutup rendah pada 1,493.00 mata, jatuh 1.60 mata berbanding Jumaat.
Menurut Baharom, kemerosotan prestasi Bursa Malaysia memberikan kesan kepada keyakinan pelabur luar yang berbelanja dengan lebih berhati-hati disebabkan situasi itu.
Menurut MIDF Research, pelabur asing kekal sebagai penjual bersih ekuiti di Burs Malaysia pada minggu berakhir 30 Julai dengan aliran keluar dana berjumlah RM579.73 juta, menjadikannya minggu keenam berturut-turut penjualan bersih oleh pelabur asing.
Menurut nota kajiannya semalam, pelabur asing merupakan penjual bersih untuk setiap hari dalam minggu tersebut dengan aliran keluar dana terbesar dicatatkan pada Jumaat sebanyak RM325.13 juta.
“Untuk pelabur runcit, mereka merupakan pembeli bersih untuk setiap hari minggu lalu. Pembelian bersih terbesar oleh pelabur runcit adalah pada Isnin pada RM90.88 juta dan pembelian bersih terkecil pada Khamis dengan RM32.69 juta.
“Secara terkumpul untuk minggu itu, pembelian bersih pelabur runcit adalah sebanyak RM258.80 juta,” katanya.
Menurut MIDF Research, pelabur runcit merupakan satu-satunya pembeli bersih sepanjang tahun ini dengan pembelian bersih terkumpul sebanyak RM8.97 bilion manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur asing merupakan penjual bersih dengan jumlah masing-masing RM3.43 bilion dan RM5.54 bilion. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing
Sekianlah artikel Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketidaktentuan Politik Negara Gusarkan Pelabur Asing dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/ketidaktentuan-politik-negara-gusarkan.html