Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Dirilink :
Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri
Baca juga
Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri
SEREMBAN: Lebih ramai ahli politik veteran dijangka mengikut langkah ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengunduran lebih ramai tokoh veteran akan memberi peluang kepada calon muda sekali gus mengubah lanskap politik negara yang sudah terlalu lama dimonopoli oleh golongan itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Azmir Mohd. Nizah berpandangan, langkah itu memerlukan keberanian daripada setiap parti kerana reformasi sistem perlu bermula dari dalam parti itu sendiri.
“Kita kena akui, negara gagal menghadirkan tokoh-tokoh politik muda, orang muda yang ada kebanyakannya diketepikan sedangkan banyak negara maju kalau boleh kita buat perbandingan mereka tampil dengan pemimpin-pemimpin muda.
“Ini satu dilema, kita gagal tampilkan tokoh-tokoh muda yang berkaliber, saya fikir masalah ini berlaku adalah disebabkan sistem parti yang diamalkan, bukan sahaja UMNO tetapi juga berlaku dalam PKR, DAP dan juga Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
“Sebab itu saya fikir Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat parti sendiri, Rafizi Ramli tidak ke mana-mana dalam PKR dan Nurul Izzah Anwar mengambil pendirian berdiam diri,” katanya.
Sementara itu, pemimpin veteran, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kepemimpinan negara tidak boleh hanya bergantung kepada pemimpin lama, sebaliknya pemikiran baharu dalam kalangan pemimpin muda juga perlu bagi mencorak pentadbiran negara.
Namun, katanya, beliau menolak kepimpinan negara diserahkan kepada golongan muda sahaja kerana pentadbiran negara memerlukan pemimpin yang benar-benar layak dan ada pengalaman untuk mentadbir negara.
“Umur bukan pengukur kemajuan sesebuah negara tetapi perlu mempunyai nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang baik dan betul, kukuh dan integriti, berdisiplin, memberi contoh sebaik mungkin dan mendahulukan negara daripada segala dalam apa jua tindakan.
“Seperti juga penyangak, orang rasuah dan korup, penipu, ia tidak bergantung pada umur. Sifat buruk mereka sudah memang ada dari muda, bukan sudah tua baru tidak betul,” ujarnya.
Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, keseimbangan dalam pentadbiran perlu ada dengan membabitkan pemimpin muda dan lama.
“Kalau semua diberi kepada orang muda pun tidak boleh juga kerana tidak semua mempunyai pengalaman. Tetapi kalau tidak memberi peluang kepada yang muda pun tidak boleh juga,’’ katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, pentadbiran negara harus diberi kepada golongan muda secara berperingkat kerana terdapat di antara mereka yang layak diangkat untuk menjadi pemimpin negara sekali gus peluang harus diberi kepada mereka.
“Kalau dah terlalu lama, berpuluh tahun muka yang sama, terpalit pula kes mahkamah, pun dah memang tidak dapat diterima lagi oleh masyarakat, wajib sedar diri untuk patut berundur daripada diundurkan,” katanya. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri
Sekianlah artikel Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramai Lagi 'Dinosour Politik' Dijangka Undur Diri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/ramai-lagi-dinosour-politik-dijangka.html