Porsche Akan Dipasang Di Malaysia

Porsche Akan Dipasang Di Malaysia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Porsche Akan Dipasang Di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Porsche Akan Dipasang Di Malaysia
link : Porsche Akan Dipasang Di Malaysia

Baca juga


Porsche Akan Dipasang Di Malaysia

 


Sime Darby Bhd bekerjasama dengan Porsche AG untuk mengoperasikan kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman itu di luar Eropah.

Syarikat itu dalam satu kenyataan, berkata kerjasama tersebut akan membolehkan Sime Darby memasang kereta sport tersebut untuk pasaran Malaysia dengan pengeluaran dijadualkan bermula pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jeffri Salim Davidson berkata, kerjasama dengan Porsche itu menandakan kematangan dalam hubungannya dengan jenama tersebut.

“Kepercayaan yang diberikan untuk memasang salah satu daripada jenama kereta sport paling dikagumi di dunia ini membuktikan tenaga kerja cekap dan berkemahiran tinggi yang kami miliki di Sime Darby dan keupayaan kami untuk memberikan nilai yang bermakna kepada rakan kami,” kata beliau.

Beliau berkata setiap kereta Porsche yang dipasang oleh Sime Darby akan melalui standard dan proses yang sama ketat dengan rakan sejawatnya di Eropah.

“Kami akan meneruskan libat urus yang rapat dengan Porsche AG bagi memastikan kami memenuhi standard Porsche bagi setiap langkah yang diambil,” katanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Porsche bagi Jualan Dan Pemasaran Detlev von Platen berkata Malaysia dan seluruh Asean adalah rantau yang berpotensi besar dan syarikat kereta itu menantikan model pemasangan tempatan pertama yang akan menemui pelanggannya di Malaysia tahun depan.

“Ketika Porsche bergerak ke era mobilisasi baru, Malaysia dan rantau Asean menjadi bertambah penting. Langkah ini sekarang adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang untuk bergeraka seiring dengan permintaan pelanggan dan pasaran yang berkembang dengan pesat, ”tambahnya lapor MalaysiaNow



Demikianlah Artikel Porsche Akan Dipasang Di Malaysia

Sekianlah artikel Porsche Akan Dipasang Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Porsche Akan Dipasang Di Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/porsche-akan-dipasang-di-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: