Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?

Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?
link : Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?

Baca juga


Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan, beliau pernah diminta memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan parti itu berjaya merampas pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau malah pernah diminta melompat ke parti mereka dan diberikan janji pelbagai jawatan sehinggakan jawatan penghabisan adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Namun, demi Allah, apa yang saya ada hari ini adalah kerana UMNO dan saya tidak akan mengkhianati parti saya. Walau apa pun terjadi, saya tidak akan mengikut apa yang dikehendaki mereka kerana saya amat yakin hanya UMNO lah yang akan menentukan masa depan orang Melayu, agama saya terjaga dan negara terpelihara dengan hala tuju yang benar,” tegasnya seperti dipetik menerusi UMNO Online.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya semalam selaku Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sempena Persidangan UMNO Cawangan Bunga Matahari, iaitu cawangan yang dianggotainya sendiri.

Tengku Adnan yang dikenali Ku Nan turut mengimbas bagaimana rentetan beliau turun naik mahkamah atas tuduhan yang diada-adakan.

Ku Nan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn. Bhd. (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Bhd., Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ku Nan turut mendakwa, wakil rakyat UMNO sendiri berdepan dengan pelbagai tekanan sebelum ini oleh kerana kerakusan kerajaan yang baru menang ketika itu termasuk mengambil tindakan perundangan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan politik dengan tujuan untuk melemahkan ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Ini kerana, katanya, kemenangan mereka juga tidak begitu selesa, maka mereka membuat pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan dari wakil rakyat UMNO untuk lompat menjadi ahli mereka.

Justeru, katanya, UMNO sendiri mempunyai 16 orang ahli Parlimen yang bertindak memberikan sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tetapi, kita tahu kenapa mereka ini berbuat demikian yang barangkali adalah kerana tekanan-tekanan yang telah dibuat oleh pihak tertentu untuk memastikan sokongan diberikan terhadap mereka, malah jika tidak mereka akan di heret ke muka pengadilan atas tuduhan yang di luar akal sebagaimana saya sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menekankan agar keyakinan akar umbi terus kukuh kepada perjuangan UMNO dan akan berjuang untuk agama, bangsa dan negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, UMNO adalah parti yang berteraskan akar umbi, mempunyai struktur dan organisasi yang mantap, mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas.

“Kerana itu, walaupun kita menghadapi onar yang begitu ketara terutama daripada parti serpihan yang inginkan agar UMNO ini gugur, namun kita bersyukur kerana sehingga hari ini hasrat mereka untuk melihat UMNO terkubur adalah gagal,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni?

Sekianlah artikel Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapalah Dari PH Yang Offer Ku Nan Sebagai TPM Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/siapalah-dari-ph-yang-offer-ku-nan.html

Subscribe to receive free email updates: